Ketua jurulatih, Kim Pan Gon mengekalkan 21 pemain yang dibawa ke Piala Asia 2023 untuk menjalani sesi latihan pusat skuad negara yang akan bermula 8 Mac ini.

Latihan pusat kali ini bertujuan untuk menghadapi perlawanan ketiga dan keempat Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat pada 21 Mac 2024 dan di Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi menyaksikan 12 pemain lain turut dipanggil bagi melengkapkan senarai 33 pemain.

Pemain yang dimaksudkan ialah  Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad dan Safwan Mazlan(Terengganu FC), Sharul Nazeem Zulpakar, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, Ruventhiran dan Aliff Izwan Yuslan dari Selangor FC.

Manakala Haqimi Azim Rosli dari Kuala Lumpur City FC dan pemain baharu Sri Pahang FC, T. Saravanan turut dipanggil.

Bagaimanapun, sebahagian daripada 33 pemain ini akan melapor diri lewat pada Jumaat, 15 Mac 2024 dan sejurus selepas kehadiran mereka itu nanti, beberapa pemain yang berusia bawah 23 tahun akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 negara kendalian Juan Torres Garrido.

“Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, Kalendar Perlawanan Antarabangsa pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac 2024.

“Namun, kita tetap perlu melakukan persediaan awal bagi menghadapi dua perlawanan menentang Oman ini dan atas sebab itu saya memulakan kem latihan pusat pada 8 Mac dengan memanggil sama beberapa pemain dari skuad B-23 kebangsaan.

“Selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac kerana saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan bersama kelab, berbanding pemain-pemain lain yang telah lebih awal turun berlatih bersama kelab masing-masing,” ujar Kim Pan-Gon.