Kurang 10 hari sahaja lagi skuad negara bakal beraksi dalam perlawanan pertama saingan Piala Asia 2023 menentang Jordan yang bakal berlangsung di Al Janoub Stadium, Qatar.

Kejayaan mara ke pusingan akhir kejohanan paling berprestij itu pastinya membuatkan ramai penyokong negara memilih untuk turun ke Qatar bagi memberikan sokongan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, pakej istimewa ‘ Road to Doha’ juga ditawarkan kepada peminat bola sepak negara yang ingin memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya hasil kerjasama Mfast Resources Holdings Sdn.Bhd dan Malaysia Airlines dimana turut mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sehubungan dengan itu, hasil perkongsian idea ahli-ahli dalam ‘whatsapp group’ yang akan ke sana untuk memberikan sokongan kepada pemain negara.

Susulan perkongsian idea tersebut, terhasilnya panduan ringkas daripada salah seorang daripada mereka, Imran Anuar dalam memudahkan penyokong-penyokong Malaysia yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Qatar.

Dokumen diperlukan dan suhu tempatan

Panduan bersama yang turut dikongsikan di Facebook Yap Ken Vun, anak kelahiran Tenom, Sabah itu menjelaskan bahawa ‘Visa On Arrival for Malaysians’ diperlukan apabila tiba di Doha.

Kad Hayya tidak diwajibkan tetapi disarankan untuk memohon kad tersebut di sini. Pendaftaran adalah percuma. Kepada yang sudah mempunyai Kad Hayya ketika Piala Dunia tempoh hari, ia masih boleh digunapakai seperti biasa.

Menurutnya, Qatar pada ketika ini berada di musim sejuk dengan suhu purata waktu malam boleh mencecah sehingga 15 darjah celcius. Sehubungan dengan itu, jangan lupa untuk membawa jaket.

Pengangkutan

Bagi pengangkutan pula, anda disarankan supaya memuat turun aplikasi QatarRail, Karwa dan Uber untuk memudahkan pergerakan ke Al Janoub Stadium dan Jassim Bin Hamad Stadium.

Untuk ke Al Janoub Stadium bagi perlawanan bertemu Jordan dan Korea Selatan, anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta api (seperti kemudahan MRT di Malaysia) di Metro Station dan turun di stesen Al Wakra.

Terdapat perkhidmatan bas percuma yang membawa penumpang dari stesen Al-Wakra ke Al Janoub Stadium.

Manakala, penyokong negara yang tiba di stesen Al-Sudan dari Metro Station pula boleh berjalan kaki terus ke Jassim Bin Hamad Stadium bagi pertemuan menentang Bahrain.

Malaysian Gathering Events @ Doha

Terdapat acara melibatkan rakyat Malaysia di sana yang diadakan pada 10, 19 dan 24 Januari.

Acara pada 10 Januari masih belum dapat dipastikan manakala ‘Mega Fan Gathering’ diadakan pada 19 Januari dan ‘Bola Get Together’ pada 24 Januari.

Makanan

Selain daripada boleh memuat turun aplikasi Talabat untuk pilihan makanan, terdapat makanan menarik yang dikongsikan.

Antaranya ialah di Holiday Villa (Doha), OG Street Kitchen (Al-Wakra), Mama Rozie Oriental Kitchen, Warung Rabu, Kak Idah Satay, Souq Wakra (Souq Waqif), Afghan Brothers, dan Warung Bu Mariam (Bin Thani Street).

Turut terdapat makanan India di MRA (Markiya) dan Vasanstha Bhavan (Jaidah).

Tempat tarikan di Qatar

Sudah berada di tempat orang sudah pasti anda mahu melawati tempat menarik di sana.

Jadi, Imran turut menyenaraikan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Souq Waqif, Musheirib Downtown, Old Mina Port, Box Park, Doha Expo 2023, Al Bidda Park, Villagio Mall (Venice in a mall), Pearl Island, Qanat Quartier, National Museum Qatar, Museum of Islamic Art (MIA), Souq Al Wakra, Place Vendome, Lusail (air pancut terbesar) dan Doha Corniche.

Terdapat juga tempat menarik untuk aktiviti luar yang boleh dilawati seperti Sealine Beach, Inland Sea, Purple Island, Fuwairit Beach dan Musfur Sinkhole.

Perkhidmatan telekomunikasi dan nombor penting untuk dihubungi

Dua perkhidmatan telekomunikasi yang disarankan ialah Ooredoo dan Vodafone.

Sementara itu, sekiranya terdapat sebarang masalah sepanjang berada di sana, anda boleh menghubungi 999 untuk nombor kecemasan dan +974 4483 6463 (Kedutaan Malaysia).

Diharapkan panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat memudahkan pergerakan anda di Qatar bagi memeriahkan lagi Piala Asia 2023.