Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menganggap Arab Saudi seolah-olah tidak menghormati Malaysia apabila membatalkan aksi persahabatan antara kedua-dua pasukan pada bulan lalu.

Ketika ditemui pada sesi latihan pertama pasukan negara menjelang temasya Piala Asia 2023, Pan-gon nyata kecewa kerana Arab Saudi membatalkan aksi persahabatan pada saat akhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya kecewa dengan tindakan Arab Saudi. Ini peringkat antarabangsa dan semua kertas kerja sudan diselesaikan. Mereka seolah-olah tidak menghormati Malaysia.

Kim Pan-gon
Kim Pan-gon

“Tetapi kami akan cuba menyelesaikan perkara ini dengan mencari lawan untuk menguji pasukan. Kami akan cuba mencari pasukan di sekitar Timur Tengah.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai alasan yang diberikan Roberto Mancini. Saya rasa ia tindakan yang tidak berani. Tetapi sekiranya ada halangan, kami akan cuba menyelesaikan sebaik yang mungkin,” kata Kim Pan-gon.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, antara sebab pembatalan perlawanan itu ialah Roberto Mancini menjangkakan Malaysia mungkin akan bertemu Arab Saudi di pusingan 16 Piala Asia 2023 nanti.

“Perancangan untuk aksi persahabatan kedua-dua pasukan ini memang telah lama dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

“Namun pihak Arab Saudi memaklumkan kepada FAM bahawa perlawanan ini tidak dapat diteruskan kerana Mancini membuat congakan bahawa pasukan kendaliannya itu berkemungkinan bertemu Malaysia di seawal Pusingan 16 Terbaik.

“Ini kerana, jika Arab Saudi muncul juara Kumpulan F dan Malaysia pula menjadi naib juara Kumpulan E, kedua-dua pasukan boleh bertemu di Pusingan 16 Terbaik pada 30 Januari 2024,” katanya.

Dalam masa yang sama, Pan-gon turut menyatakan bahawa beliau tidak dapat memanggil tiga pemain atas faktor kecederaan dan juga hal peribadi.

“Saya gembira dengan pemilihan pemain kali ini walaupun tidak mendapat dua pemain iaitu Shahrul Nazeem Zulpakar dan Azam Azmi Murad kerana kecederaan.

“Kita juga menjemput Feroz Baharudin tetapi dia ada perancangan untuk berkahwin, jadi tahniah diucapkan kepada Feroz tetapi ini adalah skuad terbaik buat masa ini,” tambahnya.