Salah satu kereta yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan iaitu Myvi sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama mereka yang baru saja mahu berjinak-jinak untuk membeli kereta.

Selain harganya yang termasuk mampu milik, daya tahan serta kemudahan untuk mendapatkan spare parts  menjadi faktor mengapa rakyat Malaysia memilih kereta yang dikeluarkan oleh Perodua itu.

Baca Juga:

Pandu Myvi Sampai Ke China

Baru-baru ini, dalam sebuah group kereta di laman media sosial Facebook, seorang lelaki berkongsi perjalanannya ke China dengan memandu Myvi miliknya sekaligus mendapat perhatian dari ramai pihak.

Muhammad Fuad Ashaari berkongsi gambar di group tersebut yang menujukkan beliau melawat salah satu bandar yang dinamakan Deqin yang mana ketika ini sedang mengharungi musim sejuk.

Myvi
Myvi

Menurut beliau, kereta Myvi miliknya tidak menghadapi sebarang masalah ketika mengharungi jalan di China dengan cuaca yang sejuk.

Perkongsian ini mendapat sambutan ramai dimana ada beberapa yang mula turut berkongsi pengalaman mereka sampai ke bandar Deqin dan bandar di China yang lain dengan menggunakan beberapa jenis kenderaan.

Ada individu yang berkongsi beliau dan rakan-rakan pernah ride dengan menggunakan motosikal RXZ ke bandar Deqin dan mengatakan bawaha sedikit ‘azab’ untuk sampai ke destinasi kerana jarak jauh yang perlu ditempuh.

Selain Myvi, Exora Pun Pernah Sampai

Seorang lagi berkongsi dimana beliau pernah sampai ke China lebih tepatnya kota Yunnan  dengan menggunakan satu lagi kereta keluaran syarikat tempatan iaitu Proton Exora manakala seorang lagi pernah sampai ke bandar Guandong dengan menaiki Proton Persona.

Perkongsian ini jelas menjadi bukti bahawa produk tempatan sememangnya mempunyai kualiti dan setanding dengan kereta yang dikeluarkan oleh jenama dari luar negara.