Sejak Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan kabinet baharu beliau. Pelbagai pandangan yang diutarakan oleh pemerhati situasi politik di Malaysia. Ada yang kurang berpuas hati dengan pelantikan mereka yang mempunyai kes mahkamah. Manakala sebahagian lagi mempertahankan tindakan tersebut.
Bagaimanapun, ada satu perkara di mana semua orang boleh bersetuju. Iaitu pelantikan Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan. Ini selepas sebuah video beliau menari bersama para penduduk tular dan kebanyakan netizen merasakan bahawa beliau ada yang Menteri Pelancongan yang sebenar.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
Dalam satu video yang dimuat naik di laman Twitter, kelihatan King Sing menari bersama penduduk tempatan di Sarawak semasa sambutan Hari Gawai. Kelagat King Sing di dalam video tersebut yang menari dengan bersungguh-sungguh sebelum berhenti untuk mengambil nafas dianggap lucu oleh netizen.
TOURISM IN MALAYSIA WILL BE LIT AS FUCK NEXT YEAR pic.twitter.com/d5oQ4LGlNy
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) December 2, 2022
King Sing adalah Ahli Parlimen Bintulu yang juga merupakan presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) dan ADUN Dudong. PDP ialah satu daripada empat parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak, bersama-sama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
King Sing dalam satu kenyataan di Berita Harian berikrar akan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pelancongan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara. Menyedari ia bukan tugas mudah ketika Malaysia dan dunia mendepani cabaran ekonomi, beliau berkata tugas itu akan dijalankan bersungguh-sungguh bersama anggota Kabinet lain dalam Kerajaan Perpaduan.
“Dalam masa sama, saya berharap warga Kementerian Pelancongan, agensi-agensi di bawahnya serta pemain industri dan pihak berkepentingan dapat membantu membangunkan industri ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.