Orang kata jauh berjalan luas pemandangan, tetapi pernahkah anda terfikir untuk berjalan dan singgah ke tempat menyeramkan seperti bangunan lama yang sudah terbengkalai hampir setengah abad yang pastinya mempunyai sejarah dan kisah-kisah seram tersendiri.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @the_khayalans bercerita mengenai beberapa kisah sebuah hotel berhantu yang dikatakan suka memindahkan tetamu. Hotel tersebut ialah hotel Casuarina Inn terletak di Taman Tasik Taiping, Perak.
Ok hotel ni hampa boleh jumpa kat taiping n antara hotel berhantu la kat taiping. Hotel ni sebelah penjara taiping. Dengar citer hantu kat sini suke pindah2kan guest hotel 😌 pic.twitter.com/INwiVi2ccN
— hiraeth.lee (@syafs__) September 16, 2019
Menariknya, hotel ini mempunyai reka bentuk bangunan British dan pernah menjadi tempat istirahat pegawai-pegawai British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu dan kemudiannya diambil alih oleh kerajaan Perak pada September 1972 untuk dijadikan hotel budget.
Menurut beliau, cerita seram dan misteri yang dikongsikan ini adalah daripada cerita yang tersebar melalui penceritaan lisan serta pengalaman pengunjung yang pernah menginap di hotel berkenaan.
Cerita pertama ini diceritakan seorang rakan ibunya yang menyukai aktiviti paranormal dan pernah bermalam di hotel berkenaan selepas hotel itu ditutup. Katanya, semasa sedang membaca Al-Quran untuk mengisi masa lapang, ada entiti lalu dihadapannya tetapi tidak dihiraukan kerana sedang fokus membaca Al-Quran.
Tetapi tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi pelik seperti benda kena tarik dari tingkat atas, bahunya tiba-tiba dipegang dan rakan ibunya ini terus mengikut bayangan tersebut menuju ke sebuah bilik kosong.
Kemudian, apabila dia cuba untuk keluar daripada bilik berkenaan, dia tidak menjumpai jalan keluar dan tertidur kerana kepenatan. Apabila terjaga, dia berada di luar hotel dengan barang-barangnya yang dicampak keluar.
Cerita seterusnya ini pula dikongsikan oleh pakciknya yang mempunyai seorang kawan yang pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di hotel berkenaan. Gangguan seperti loceng di meja kaunter berbunyi sendiri sudah menjadi perkara biasa tetapi apa yang membuatkan rakan pakciknya ini berhenti kerja ialah apabila berjumpa dengan tetamu hotel yang merupakan ‘hantu’.
Menurut rakan pakciknya ini, ada satu keluarga mahu ‘check in’ ke hotel berkenaan dan mereka kelihatan agak aneh tetapi dia tetap meneruskan urusan daftar masuk dan serah kunci kepada tetamu berkenaan. Tidak lama kemudian, keluarga tersebut membuat panggilan untuk ‘room service’ dan memesan makanan dengan kuantiti yang sangat banyak serta meminta supaya makanan tersebut diletakkan di hadapan pintu bilik sahaja.
Apa yang peliknya, mereka sepatutnya cuma menginap untuk dua hari sahaja tetapi sehingga hari ketiga tiada proses ‘check out’ daripada keluarga tersebut. Rakan pakciknya ini pergi ke bilik berkenaan dan apabila diketuk beberapa kali tiada sahutan diterima. Lalu pintu bilik tersebut dibuka menggunakan kunci pendua dan apabila dibuka tiada orang di dalam bilik.
Anehnya, penghawa dingin dan kipas terpasang seolah-olah ada orang yang sedang menghuni bilik tersebut. Apabila diperiksa pada senarai nama tetamu yang menginap bilik berkenaan, tiada data yang menunjukkan bilik berkenaan berpenghuni.
Ekoran pelbagai khabar angin cerita seram dan misteri dialami oleh pengunjung dan pekerja hotel tersebar, sekitar Disember 2010 hotel tersebut ditutup kerana dikatakan pihak pengurusan tidak lagi mampu menampung kos pengurusan hotel.
Perkongsian cerita seram ini telah mendapat perhatian daripada netizen. Malah, ada netizen yang turut mengaitkan kisah drama Hotel De Luna dengan hotel ini.
Hotel ni sebelah dgn penjara. Seingat 2009 masa tu pernah menginap dalam 5bilik hotel. Tapi semua luar dari bngunan dekat dgn pokok buluh. Cantik lg masa tu. Tapi creepy sgt. Bilik xde aircond, bilik sgt lama. Kitorang kena ganggu. Bunyi suara dari luar bilik.
— ذاليخا (@zalikha_ramli) September 17, 2019
Aku syak ni la hotel del luna sebenar nya .
— 딘도산 (@Mr_Addin) September 17, 2019
https://twitter.com/fakneytff/status/1173889854456745984
Walaupun bangunan ini mempunyai kisah seramnya yang tersendiri tetapi bangunan ini perlu dijaga kerana rekaan bangunan yang unik. Untuk pengetahuan anda, ada peminat mendakwa jumpa ‘Hotel Del Luna’ sebenarnya wujud di Malaysia. Klik artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut.