Fenomena produk Farm Fresh di pasaran bukan sekadar satu kejayaan biasa, malah ia menjadi bukti bagaimana kualiti premium mampu mencetuskan permintaan luar biasa sehingga setiap keluarannya sentiasa laku keras di rak pasar raya.
Baru-baru ini pengasas bersama Farm Fresh, Azmi Zainal kongsikan kisah disebalik kelahiran produk minuman yogurt Farm Fresh.
Baca Juga:
- ‘Malaysia Hilang Seorang Pakar Tenusu Tempatan’ – Boss Susu Terkesan Pemergian Jacob, Individu Penting Farm Fresh

- Pengarah Ladang Farm Fresh Maut Nahas Helikopter Di Filipina

- Pengasas Bersama Farm Fresh, Loi Tuan Ee Jual Pegangan Bernilai RM132.5 juta

Menurut beliau, idea tercetus semasa membuat survey di Cold Storage Wangsa Walk kira-kira 13 tahun lalu.
“Bliss tengah buat roadshow. Saya tengok Bliss sampai parking lori dekat loading bay untuk support road show itu. Loi cakap dengan saya — Bestnya Azmi kalau kita buat buat road show sampai lori pun kena parking nak support — Saya iyakan saja.
“Pembeli-pembeli dekat hypermarket pun sokong suruh kami keluarkan minuman yogurt sendiri. Kami pun buatlah kajian untuk keluarkan minuman yogurt. Kami sourcing packaging, probiotik dan saya cari extract supaya tidak gunakan perisa artifisial,” katanya.
Menurut beliau, tidak lama itu minuman yogurt tersebut terhasil dengan probiotik yang mempunyai hampir 100 bilion CFU (Colony Forming Units), tanpa bahan pewarna dan susu segar untuk jadikan minuman lebih sihat.
Kemudian beliau menghantar sample kepada seorang pembeli di Aeon. Namun maklum balas diberikan membuatkan Boss Susu kecewa.
“Saya pun tidak sabarlah nak masukkan ke hypermarket. Saya pun hantarlah sample kat Aeon. Pembeli masa tu namanya Sofea, dia ini sangat supportive.
“Masa saya hantar sample, muka Sofea macam frust, saya terus down,” kata Azmi.
Pada ketika itu Sofea menyatakan rasa minuman yogurt Farm Fresh memang sedap, tetapi lemah penyampaian produk; bentuk botol tidak menarik dan tiada warna.
Sofea turut menyatakan minuman yogurt keluaran Farm Fresh mungkin akan tewas dengan jenama pesaing.
Namun pandangan peribadi Sofea itu tidak mematahkan semangat Boss Susu.
Minuman yogurt Farm Fresh tak dapat sambutan?
Pada minggu seterusnya Azmi telah tetapkan dengan Sofea untuk membuat pelancaran minuman yogurt Farm Fresh di hadapan Aeon Mid Valley.
“Sofea pun tempahlah 40 karton sahaja. Saya cakap dengan dia — ‘Ini sedikit sangat Sofea nanti tidak cukup’. Kemudia Sofea menjawab — ‘Awak jual ini dululah Encik Azmi. Saya rasa ini pun awak tidak boleh habis seminggu’.
“Saya pun layan sajalah. Malas nak pertikai. Roadshow itu bermula pukul 10 pagi, dalam pukul 11 pagi Sofea telefon saya untuk tambah order kerana minuman yogurt sudah habis,” Azmi menjawab denga nada pura-pura terkejut.
Kemudian 100 karton sampai ke lokasi roadshow. Namun, dalam tempoh dua jam, kesemuanya habis terjual.
Kali ini Sofea meminta Boss Susu untuk menghantar terus satu lori bagi menampung permintaan orang ramai pada ketika itu.
Selama 3 hari roadshow berlangsung, sebanyak 5 lori minuman yogurt habis terjual.
“Sampai jugalah angan-angan kami berdua untuk parking lori masa roadshow. Terima kasih kepada semua yang menyokong produk Farm Fresh.
“Sofea sekarang sudah jadi stokis dan distributor Farm Fresh. Jualan dia hampir RM30 setahun,” kata Boss Susu.