Cabaran utama apabila isteri memiliki pendapatan lebih tinggi selalunya terletak pada pengurusan ego dan komunikasi dalam rumahtangga.
Walaupun niat isteri adalah untuk membantu, perbezaan angka tersebut boleh mencetuskan rasa rendah diri dalam diri suami atau menyebabkan isteri secara tidak sengaja hilang rasa hormat terhadap kepimpinan suami.
Pelabur hartanah, Faizul Ridzuan kongsikan semula tangkap layar luahan seorang netizen yang mendapat respon dingin daripada suami selepas dia mengungkit ‘banyak membantu’ daripada segi kewangan semasa suaminya diuji.
Hantaran Threads itu mendapat perhatian Pelakon, pengacara, Rozlinawaty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlynn kongsikan kisah susah senangnya bersama suami, Mohd Yazid Lim lebih dikenali ramai sebagai Johan.
“Hidup dengan suami saya dulu, dia kais pagi malam kadang tidak ada apa nak makan. Tapi sebab kerja saya bagus, dapat tolong suami saya. Sampai pernah dia bagi nafkah dekat saya RM1 sahaja.
“Saya ambil duit itu. Saya cakap —”I terima” — sambil senyum. Dia minta saya tolong doakan semoga Allah bantu dia. Saya terus pergi dan masuk bilik air. Saya menangis sampai sakit tekak saya. Bukan sebab jumlah nafkah, tapi cara dia rendahkan maruah dia depan saya.
“Dan saya nampak usaha dia cari rezeki. Maka saya doa minta Allah bantu. Alhamdulillah sekarang dia senang. Dia tidak pernah lupakan saya,” kongsi Ozlynn.
Kisah yang dikongsikan Ozlynn itu membuatkan membuatkan ramai wanita ‘berfikir sejenak’, mengakui ada rezeki yang lebih buat si isteri yang ikhlas membantu suami.
“Sebenarnyakan apa yang saya belajar adalah macam mane nak pupuk diri untuk redha dengan kesusahan suami. Sebab kebanyakan kita akan cakap okay tapi hati kita tidak okay. Sebab itu akan ada ungkitan.
“Tips saya dari dulu tak penah putus doa pada Allah minta Allah kuatkan hati saya, bantu saya supaya dapat sabar dengan ujian Allah. Sebab ujian juga adalah satu nikmat dari Allah.
“Allah tidak akan sia-siakan hambanya melainkan hambanya sendiri yang leka.
“Sebab itu Al-Quran jangan lepas. Ini selalu yang suami pesan dekat kami dari awal kahwin sampai dekat anak-anak,” kongsinya lagi.