Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) bakal menggunakan logo baharu dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan apabila Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) merancang untuk menganjurkan pertandingan reka cipta logo.
Perkembangan itu didedahkan oleh Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar menurut laporan Sinar Harian.
Baca Juga:
- KL City Hutang Bayaran KWSP Cecah Ratusan Ribu Ringgit
- Liga Super: Isu Tunggakan Gaji Tak Halang KL City Tewaskan Selangor
- DBKL Tiada Obligasi Untuk Salur Dana Kepada KLFA, KL City
Ini kerana beliau mahu KL City kembali dengan gelaran “The Hawks” yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.
“Maknanya tahun ini kita akan adakan pertandingan (dan) tahun depan jersi baharu KL City akan ada logo yang baru. Macam tahun ini kita tak boleh tukar di atas jersi.
“(Berkenaan maklumat lanjut tentang cara pertandingan dijalankan) kita belum mesyuarat lagi bila kita nak adakan pertandingan itu tapi saya akan maklumkan kepada kelab nanti,” katanya kepada pemberita.
Harimau di logo KL-City tak relevan. Identiti The Hawk bakal kembali. Satu pertandingan mencipta logo bakal di buat. Detail pertandingan akan di umum dalam Mesyuarat Eksekutif hujung bulan ni.@ASTROARENA pic.twitter.com/Hr8xPgx12L
— FinaNasrom (@fnasrom) October 16, 2024
Rekaan logo KL City yang berbentuk perisai berserta kepala harimau yang dipakai sejak tahun 2021 pernah dikritik hebat oleh para penyokong kelab ibu kota itu.
Mereka menyifatkan ia adalah rekaan yang terburuk dan tidak menyerupai logo sebuah kelab bola sepak profesional.
Sejak itu, sekelompok penyokong menuntut pihak pengurusan untuk menampilkan rekaan logo yang baharu namun tuntutan itu tidak diendahkan dan logo terbabit kekal digunakan hingga saat ini.
Syed Yazid dipilih untuk menerajui KLFA sebagai presiden baharu ketika Kongres ke-35 bagi sesi 2024-2028 dan beliau tekad melakukan perubahan dalam pasukan KL City.