Jurgen Klopp dilaporkan sudah menetapkan keutamaan pertamanya bersama skuad kebangsaan Jerman iaitu mencari bek kanan baharu, sekali gus memberi bayangan bahawa Joshua Kimmich tidak lagi akan digunakan di posisi tersebut.

Klopp mahu menerapkan falsafah bola sepaknya yang disebut Heavy Metal Football.

Oleh sebab itu Klopp mahukan bakat bek sisi yang besar benar menepati sistemnya.

Menurut laporan, Klopp melihat Kimmich lebih sesuai beraksi di bahagian tengah, berbeza dengan peranannya sebagai bek kanan sepanjang kempen Piala Dunia 2026 di bawah Julian Nagelsmann.

Ini bermakna Joshua Kimmich akan dikembalikan semula ke posisi asalnya sebagai pemain tengah.

Seperti ketika membimbing Liverpool, Klopp dikatakan meletakkan kepentingan besar terhadap peranan kedua-dua bek sisi di kiri dan kanan.

Beliau sebelum ini berjaya membentuk Trent Alexander-Arnold menjadi antara bek kanan terbaik dunia dan kini mahu mengulangi formula sama bersama Jerman.

Malah, Klopp dilaporkan sudah mula memantau rapat skuad remaja Jerman bagi mengenal pasti calon bek kanan yang mampu menjadi tonggak baharu pasukan untuk jangka panjang bagi pasukan Jerman.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha membina semula skuad selepas kegagalan mereka di Piala Dunia 2026 baru baru ini.