Kurang 12 jam lagi saingan bola sepak berprestij Piala Dunia 2026 akan membuka tirainya dengana aksi pembukaan menemukan tuan rumah, Mexico dan Afrika Selatan.
Meskipun penganjuran kali ini dipalit dengan pelbagai kontroversi terutamanya melibatkan Amerika Syarikat, aksi kesemua 48 pasukan di tengah padang pastinya menarik untuk disaksikan.
Format baharu dengan penambahan pasukan dan kumpulan itu bakal menyaksikan pengalaman baharu dalam saingan Piala Dunia.
Bagi peminat bola sepak di Malaysia, anda juga boleh menyaksikan kesemua 104 perlawanan secara percuma.
Berdasarkan jadual perlawanan yang dikeluarkan laman Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM), kesemua perlawanan tersebut boleh disaksikan di saluran TV Okey, Sukan +, TV2, TV1 dan strim di aplikasi RTMKLIK.
Mengikut sumber dipercayai, lebih daripada 90 perlawanan Piala Dunia 2026 dapat disaksikan secara langsung di saluran tersebut. Ada perlawanan yang bakal disiarkan secara siaran tertunda tetapi hanya untuk beberapa perlawanan sahaja.
Namun untuk menyaksikan kesemua 104 perlawanan secara langsung, anda boleh melanggan pelan bernilai RM60 (RM50 bagi pelanggan sedia ada) di UnifiTV.
Jadual Aksi Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2026

