Klopp tidak berminat menyertai Real Madrid dalam masa terdekat ini. Bekas pengurus Liverpool itu dikatakan telah menepis spekulasi mengenai kemungkinan akkan menyertai Real Madrid sebagai pengurus baharu menggantikan Carlo Ancelotti.
Ancelotti kini berdepan situasi tidak menentu dalam masa depannya bersama kelab ini. Ianya selepas Real Madrid disingkirkan Arsenal dari UCL dengan cara yang dianggap memalukan.
Real Madrid kalah 1-5 secara agregat. Dan pengurusan tertinggi Real Madrid mulai meragui kemampuan Ancelotti untuk membentuk taktikal berasaskan Kylian Mbappe.
Oleh sebab itu nama Jurgen Klopp dikaitkan dengan Real Madrid. Selepas dikatakan ada beberapa pegawai tertinggi kelab yang rapat dengan Perez mencadangkan kelab melantik Jurgen Klopp yang dianggap sesuai memacu projek kelab itu.
Mereka juga yakin Klopp adalah calon tepat untuk menghalang kebangkitan Barcelona yang kian membara di bawah Hansi Flick.
Malah laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Klopp sedia mendengar tawaran Real Madrid.
Klopp tidak berminat
Namun terbaru, Sky Jerman mendedahkan bahawa ejen kepada Jurgen Klopp, Marc Kosicke bersuarat tentang spekulasi itu.
Ejen Marc Kosicke, menyatakan bahawa Jurgen Klopp tidak berminat sertai Real Madrid. Dan pengurus asal Jerman itu kini gembira dengan peranannya sebagai Ketua Global Bola Sepak di Red Bull dan tidak bercadang untuk kembali ke dunia kejurulatihan dalam masa terdekat.

“Jürgen sangat gembira dengan peranannya di Red Bull,” kata Kosicke. “Walaupun terdapat minat dan pertanyaan yang konkrit daripada kelab dan persekutuan terkemuka, Klopp tidak berminat dan masih tidak berniat untuk mengambil alih peranan ketua jurulatih musim depan – termasuk di Real Madrid atau Brazil.”
Klopp, yang meninggalkan Liverpool pada penghujung musim 2023/24 dengan alasan sudah hilang tenaga. Beberapa bulan lalu dia telah menandatangani kontrak empat tahun dengan Red Bull bermula Januari 2025.

Kontrak tersebut termasuk klausa keluar yang membolehkannya memohon jawatan sebagai jurulatih kebangsaan Jerman jika Julian Nagelsmann berundur.
Sementara itu, Real Madrid sedang mempertimbangkan pengganti Carlo Ancelotti, yang dijangka meninggalkan kelab tersebut. Nama-nama seperti Xabi Alonso dan Andoni Iraola turut disebut sebagai calon utama.
Walaupun Klopp tidak menolak kemungkinan kembali ke dunia kejurulatihan pada masa hadapan, beliau menegaskan bahawa beliau kini berada dalam “tempat yang bahagia” dan tidak tergesa-gesa untuk kembali ke padang.