Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menempelak Erik ten Hag yang bertindak melepaskan pemain sayap, Jadon Sancho ke Chelsea secara pinjaman dengan pilihan pembelian secara tetap.
Klopp yang meninggalkan Liverpool sebaik sahaja tamat kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 berpendapat bahawa Sancho merupakan seorang pemain berkualiti.
Baca Juga:
- Jadon Sancho Ke Chelsea, Raheem Sterling Perkuatkan Arsenal
- Video: Mo Salah Nyaris Bertumbuk Dengan Jurgen Klopp
- Ten Hag: Arne Slot Tiba Di EPL Dengan Keadaan Lebih Baik Berbanding Saya
Dalam pada itu, Klopp turut melihat Sancho sebagai pemain yang amat diperlukan oleh Manchester United dan tanpa berselindung mengakui ten Hag perlu berada di belakangnya untuk memberikan sokongan.
Datang ke Manchester United dari Borussia Dortmund dengan tanda harga £73 juta, Sancho tidak menikmati karier yang menggembirakan ketika menyarung jersi The Red Devils.
Membuat 83 penampilan sejak musim 2021/22, Jadon Sancho hanya mampu menghasilkan 12 gol dan mencipta enam bantuan jaringan dalam semua pertandingan.
Keadaan yang menyaksikan beliau kelihatan agak bergelut untuk mempamerkan aksi cemerlang seperti pernah ditampilkannya sewaktu bersama Borussia Dortmund.
“Sekiranya seluruh dunia sudah kehilangan kepercayaan dan keyakinan terhadap seorang pemain, maka si pengurus yang harus berada di belakang pemain tersebut.”
“Kalau saya, saya tidak akan percaya bahawa Sancho adalah ‘pemain yang tidak berguna’ seperti yang dilakukan kebanyakan kelab.”
“Kebanyakan mereka membeli seorang pemain dengan harga £80 juta, lalu meminjamkannya ke kelab lain,” ujar Klopp menurut sumber laporan Mirror UK.
Khidmat Sancho jelas ditagih Enzo Maresca walaupun beliau sudah membawa masuk duo Portugal iaitu Joao Felix dan Pedro Neto ke dalam pasukan pada jendela perpindahan tempoh hari.