Pemain yang mempunyai pertalian dengan Malaysia, Kobe Chong berharap dapat hadir ke negara ini dalam masa terdekat sekaligus beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Baru-baru ini, Future Talents di laman media sosial Instagram menunjukkan perbualan dengan pemain berusia 22 tahun dan bertanya sama ada beliau akan berkunjung ke Malaysia.

Baca Juga:

Kobe kemudiannya membalas dimana beliau berharap dapat mengunjungi Malaysia dalam masa terdekat dan perkara ini membuatkan peminat bola sepak tanah air teruja.

Kobe Chong ketika ini beraksi bersama kelab bawahan England iaitu Kettering Town selepas beliau meninggalkan Barwell FC pada Februari lalu.

Ketika beraksi bersama Barwell, Kobe berjaya menjaringkan beberapa gol dan juga bantuan gol dimana pemain ini sering berkongsi perkembangan di laman media sosial miliknya.

Pada penampilan pertamanya menentang Redditch United pada November tahun lalu, pemain berusia 21 tahun itu mencipta satu jaringan dan satu assist bagi membantu Barwell memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Sejak musim 2022/23, Kobe banyak beraksi bersama kelab bawahan England seperti Telford United, Nuneaton, Alvechurch, King’s Lynn Town dan Barwell.

Ketika beraksi bersama Telford, Kobe Chong pernah mendapat pujian daripada pengurus pasukan ketika itu iaitu Paul Caden.

Selepas menandatangani kontrak bersama pasukan, Kobe terus diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan persahabatan menentang Shrewsbury Town.

Meskipun menampilkan prestasi yang baik, namun Telford mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Kobe pada Februari tahun 2023.

Ketika di awal karier, pemain ini pernah menjadi sebahagian daripada akademi West Bromwhich Albion dan salah satu kelab di Itali iaitu Cagliari.