Pemain muda yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Kobe Chong kembali bergelar ejen bebas selepas beliau meninggalkan kelab bawahan England, Barwell FC.

Kobe mengumumkan beliau berpisah dengan Barwell menerusi laman media sosial miliknya selepas tiga bulan beraksi bersama kelab tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika beraksi bersama Barwell, Kobe berjaya menjaringkan beberapa gol dan juga banyuan gol dimana pemain ini sering berkongsi perkembangan di laman media sosial miliknya.

Pada penampilan pertamanya menentang Redditch United pada November tahun lalu, pemain berusia 21 tahun itu mencipta satu jaringan dan satu assist bagi membantu Barwell memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Sebelum ini, Kobe memberi bayangan beliau bakal menyertai skuad B-23 Tahun negara pada masa akan datang.

Menerusi laman media sosial Instagram, beliau memberi komen di salah satu post dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mahu beliau menyarung jersi pasukan negara.

Selain itu, Kobe turut memberi komen yang mana beliau bakal menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan sekaligus mengikut jejak langkah Richard Chin.

“Terima kasih semua. Jumpa anda semua tidak lama lagi 🇲🇾,” kata Kobe Chong.

Sebelum ini, Chin menyertai kem latihan pusat skuad B-23 tahun negara kendalian Juan Torres Garrido yang berlangsung baru-baru ini.

Ketika menyertai kem latihan pusat, Chin bertekad untuk belajar bahasa melayu untuk memastikan beliau dapat berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan.

“Rakan sepasukan menyambut saya dengan baik. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk belajar bahasa melayu untuk memudahkan komunikasi di atas padang.

“Satu pengalaman yang baik namun semuanya sangat cepat. Saya hanya berlatih sebanyak dua kali dan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang PDRM.

“Juan Torres dan Shukor Adan banyak membantu dengan memberikan maklumat tambahan. Saya amat berpuas hati dengan apa yang saya lalui,” kata Chin.