Pemain muda yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Kobe Chong memberi bayangan beliau bakal menyertai skuad B-23 Tahun negara pada masa akan datang.

Menerusi laman media sosial Instagram, Kobe memberi komen di salah satu post dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mahu beliau menyarung jersi pasukan negara.

Baca Juga:

Selain itu, Kobe turut memberi komen yang mana beliau bakal menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan sekaligus mengikut jejak langkah Richard Chin.

“Terima kasih semua. Jumpa anda semua tidak lama lagi 🇲🇾,” kata Kobe Chong.

Sebelum ini, Chin menyertai kem latihan pusat skuad B-23 tahun negara kendalian Juan Torres Garrido yang berlangsung baru-baru ini.

Ketika menyertai kem latihan pusat, Chin bertekad untuk belajar bahasa melayu untuk memastikan beliau dapat berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan.

“Rakan sepasukan menyambut saya dengan baik. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk belajar bahasa melayu untuk memudahkan komunikasi di atas padang.

“Satu pengalaman yang baik namun semuanya sangat cepat. Saya hanya berlatih sebanyak dua kali dan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang PDRM.

“Juan Torres dan Shukor Adan banyak membantu dengan memberikan maklumat tambahan. Saya amat berpuas hati dengan apa yang saya lalui,” katanya dipetik dari laporan The Star.

Baru-baru ini, Chin menjaringkan gol pertama bersama kelab baharunya iaitu Dartford FC dan pemain itu turut menyumbang satu assist.

Richard yang diturunkan di posisi pertahanan kanan oleh pengendali pasukan melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kawasan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol pasukan lawan sekaligus menghadiahkan jaringan bagi Dartford.

Prestasi cemerlang pemain itu ketika menentang Torquay United juga menyaksikan beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.