Skuad Harimau Malaya bakal berdepan laluan sukar dalam misi menempah tiket beraksi di Piala Asia 2027 apabila hanya satu sahaja slot automatik ditawarkan untuk juara kumpulan dalam saingan kelayakan.
Menurut laman Footyrankings, Malaysia sah diletakkan dalam ‘Balang 2’ bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada 19 Disember ini.
Baca Juga:
- Harimau Malaya Dalam Balang 2 Undian Kelayakan Piala Asia 2027
- Ranking FIFA: Harimau Malaya Naik Satu Anak Tangga
- FAM Bakal Umum ‘Bos’ Unit Khas Urus Harimau Malaya Bulan Depan
Confirmed pots for Asian Cup qualification – Final Round draw
Pot 1 : 🇸🇾🇹ðŸ‡ðŸ‡¹ðŸ‡¯ðŸ‡±ðŸ‡§ðŸ‡»ðŸ‡³ðŸ‡®ðŸ‡³
Pot 2 : 🇲🇾🇹🇲🇵ðŸ‡ðŸ‡¦ðŸ‡«ðŸ‡ðŸ‡°ðŸ‡¾ðŸ‡ª
Pot 3 : 🇸🇬🇲🇻🇹🇼🇲🇲🇳🇵🇧🇹
Pot 4 : 🇧🇳🇧🇩🇱🇦🇹🇱🇵🇰🇱🇰— Footy Rankings (@FootyRankings) November 20, 2024
Berada dalam balang 2 bermakna Malaysia perlu bekerja keras dan elak kehilangan mata kerana saingan akan menjadi lebih sukar.
Justeru, kedudukan Malaysia dalam ‘Balang 2’ menyaksikan mereka berpotensi bertemu enam pasukan yang jelas berada pada ranking lebih tinggi di ‘Balang 1’ iaitu Syria, Thailand, Tajikistan, Lubnan, Vietnam serta India.
Sementara itu, Balang dua pula dibarisi Malaysia, Turkmenistan (143), Filipina (149), Afghanistan (155), Hong Kong (156) dan Yaman (158).
Balang tiga pula dihuni Singapura (161), Maldives (162), Taiwan (165), Myanmar (167), Nepal (175) dan Bhutan (182) manakala Brunei (184), Bangladesh (185), Laos (186), Timor Leste (196), Pakistan (198) dan Sri Lanka (200) dalam balang empat.
Pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula Mac tahun depan dibahagikan kepada enam kumpulan dengan hanya juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Malaysia wajib muncul juara kumpulan jika mahu mengulangi pencapaian mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Perkara itu tidak mustahil mampu dilakukan dengan satu unit khas sedang dibentuk dan dijangka akan diumumkan bulan depan bagi mengemudi Harimau Malaya ke prestasi lebih baik.