Tular sejak semalam apabila pelakon Erry Putra menjadi buah mulut netizen berikutan perkongsian gambar terbaru beliau di Instagram dengan sebuah caption yang ringkas dan tampil dengan mesej yang lucah.

Menerusi gambar yang dikongsikan, pelakon berusia 44 tahun ini menulis caption ‘rogol time’ beserta beberapa emoji yang mengundang kecaman netizen. Tindakan beliau bukan sahaja dikecam malah turut dipersoal tujuan memuat naik gambar dengan caption sedemikian.

https://twitter.com/deathcashdoll/status/1507302661908930560

Selain itu, tidak kurang yang mengaitkan tindakan Erry Putra dengan pelakon Zul Ariffin yang didakwa mahu mempromosikan drama yang dilakonkan. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

https://twitter.com/xxizzah/status/1507440862837444612

https://twitter.com/heyysai_/status/1507487845602455560

Difahamkan perkongsian yang dipenuhi dengan kecaman ini walau bagaimanapun telah diturunkan oleh Erry Putra menerusi Instagram beliau. Laman Instagram Erry Putra yang sebelum ini boleh dilihat oleh orang ramai telah dikunci oleh beliau.

Pada minggu lalu Zul Ariffin antara yang menjadi perhatian netizen berikutan tularnya sebuah klip beliau yang melakonkan aksi panas.

Aksi Panas Dikongsi Zul Ariffin Undang Rasa Tidak Senang Netizen

Angkara Kongsi Klip Adegan Panas, Zul Ariffin Bakal Disiasat

Netizen Terkejut Bagaimana Perkongsian Jijik Oleh Fauzi Nawawi Ini Lulus Untuk Siaran Umum