Baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang gadis dipercayai bawah umur berkongsi gambarnya bersama pelakon dan penyanyi, Erry Putra dan muncul spekulasi bahawa Erry bercinta dengannya.

Apa yang membuatkan netizen mendakwa mereka bercinta apabila banyak gambar mereka di waktu berbeza dan cara Erry membalas mesejnya di Instagram turut menjadi faktor munculnya spekulasi terbabit.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, Erry Putra tampil mengulas isu terbabit dalam satu temubual dan menafikan bahawa dirinya bercinta dengan gadis bawah umur.

Malah, dia hanya melayan gadis itu sebagai seorang peminat dan juga boleh dikatakan seperti anak, tidak lebih dari itu.

“Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana gadis bawah umur. Saya kenal dia sewaktu ada acara di Pulau Pinang. Selama 10 hari acara berlangsung, hampir setiap hari dia datang.” ujar Erry.

Tambahnya, dia dan gadis itu berkenalan di satu acara dan akui ada mengambil gambar bersama-sama tetapi tidak pernah memberikannya nombor telefon.