Penyanyi atau vokalis kumpulan OAG, Radhi mendedahkan hubungan percintaannya bersama pelajar dari sebuah universiti awam iaitu seorang gadis berusia 21 tahun.
Menurut sumber, Radhi mengatakan dia mengenali gadis itu sejak dua tahun yang lalu. Namun, Radhi mahukan kekasihnya itu fokus dalam pelajaran dan menamatkan pengajian sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Baca Juga:
- Mengaku Tidak Bersalah, Tindakan Radhi OAG ‘Menyanyi’ Sewaktu Keluar Dari Mahkamah Curi Perhatian Ramai
- Ahli Asal OAG Kini Kembali Bergabung Selepas 22 Tahun
- Tepis Dakwaan Sudah Bercerai, ND Lala Dan Isteri Hadir Konsert Beri Sokongan Buat Shila Amzah
Bukan itu sahaja, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali berkata dia sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya sendiri menjadi lebih baik untuk masa akan datang.
Selain itu, Radhi selesa dengan seorang yang ‘sempoi’ seperti kekasihnya itu yang tidak mempunyai media sosial . Dia turut berharap yang kekasihnya itu menjadi pasangan yang terakhir buatnya.
Susulan mengenai kes bekas isterinya mendakwa Radhi memukul dan mencederakannya, Radhi memaklumkan akan ke mahkamah pada 14 Februari 2023.
Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2005 bersama pasangan pertama, Shazlin Sharif manakala, sekitar 2014 dia berkahwin buat kali kedua bersama Nur Shaira Ayu Zahiri.
Sementara itu, OAG akan mengadakan Konsert 30 Tahun Generasiku yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Disember ini sempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik.