Seorang wanita tidak menyangka ketika keretanya bermasalah di tengah-tengah kesesakan jalan raya, dia didatangi oleh seorang artis terkenal yang sanggup berlari untuk menghulurkan bantuan.
Dalam video yang dikongsikan oleh Facebook Anas Asnawi Gazali, kereta wanita berkenaan secara tiba-tiba kehabisan bateri ketika menunggu lampu isyarat. Selang beberapa minit kemudian datang seorang lelaki berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan dan lelaki itu merupakan Muhammad Radhi atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG.
Baca Juga:
- Radhi OAG Akui Sedang Dilamun Cinta Dengan Gadis 21 Tahun
- Mengaku Tidak Bersalah, Tindakan Radhi OAG ‘Menyanyi’ Sewaktu Keluar Dari Mahkamah Curi Perhatian Ramai
- Ahli Asal OAG Kini Kembali Bergabung Selepas 22 Tahun
“Saya tolak, saya tolak,” kata Radhi kepada wanita berkenaan.
Kemudian dia pergi ke belakang kereta wanita berkenaan dan menolak kereta tersebut seorang diri.
“Effort tau tolak kereta waktu jammed dan panas terik ini. Mulianya hati nak tolong waktu panas terik sebegini,” petik teks dalam video.
Pada ketika itu juga, anak lelaki Radhi turun daripada kereta untuk melihat di mana ayahnya berada. Sejurus Radhi mendukung anaknya, dia meminta anak lelakinya itu pergi semula ke kereta mereka dan dia sambung menolak kereta wanita berkenaan.
Warganet memuji tindakan Radhi itu dan mendoakan kesejahteraan buat Radhi atas pertolongan yang dilakukannya.




Pada penghujung video, wanita itu dipercayai memberikan sedikit wang saguhati sebagai tanda berterima kasih kepada Radhi yang sanggup membantunya. Kata wanita itu ambil duit tersebut untuk belanja anak lelaki Radhi.