Kita sudah biasa mendengar pelbagai taktik scammer yang menyamar jadi pengawai polis, LHDN atau bank. Tetapi mereka nampaknya kali ini dilihat semakin berani apabila cuba penipuan menculik.
Seorang pengguna Twitter @afiqahrsle berkongsi modus operandi scammer yang menyasarkan ibu bapa sebagai sasaran mereka untuk mendapatkan wang.
Baca Juga:
- Disangka Kad Kahwin Digital, Ini Taktik Terbaru Scammer Guna APK Untuk Pancing Data Pengguna
- Penerima eBeliaRahmah Jadi Mangsa Penipuan Kerana Mahu Dapatkan Servis ‘Cash Out’
While my mom kena macam ni 🤣 dia ingat mak aku bodo agaknya tak kenal anak sendiri. https://t.co/eSRvwDdxqa pic.twitter.com/ewo7Q2MPG6
— Ar 。゚☁︎。⋆。 (@afiqahrsle) June 26, 2023
Menurutnya, scammer membuat panggilan telefon kepada ibunya memaklumkan dirinya telah diculik dan meminta sejumlah wang tebusan.
“Scam taktik baru, mak saya dapat panggilan dari scammer bagi tahu diorang culik saya dan minta wang tebusan.”
“Siap ada perempuan jerit kat belakang (sound effect). Mereka biasanya sasarkan ibu bapa yang ada anak bersekolah”, ulasnya lagi.
Seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi pengalaman hampir menjadi mangsa penipuan scammer apabila ibunya menerima mesej WhatsApp berkait ugutan bunuh.
Malah, scammer itu juga dilihat turut menghantar foto memaparkan seorang individu sedang diikat dan diacukan senjata seolah-olah individu tersebut adalah anaknya yang telah diculik.
Walaupun ramai yang geli hati melihat penipuan scammer ini, tetap orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik mereka.