Sebelum ini dilaporkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat ketika didapati berdua-duaan dalam sebuah kondominium.

Susulan itu, seorang kru penerbitan yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Z mendedahkan hubungan antara pasangan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ketika berada di set penggambaran drama Terjerat.

Baca Juga:

Menerusi laporan, hubungan Aliff dan Ruhainies memang dilihat mesra untuk mencipta keserasian tetapi dia tidak menyangka sehingga ‘dibawa’ sampai ke rumah.

Malah, pasangan pelakon itu turut didakwa memanggil ‘baby’ dan kelihatan lebih akrab berbanding dengan pelakon lain serta pernah meluangkan masa bersama duduk di dalam kereta.

@h315t_

#ruhainies #aliffaziz

♬ bunyi asal – H315T™_🇵🇸 – H315T™_🇵🇸

“Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies.

“Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi.

“Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

“Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu.” ujar Mr Z.

Dalam pada itu, tindakan Bella menarik diri daripada drama itu menurutnya adalah satu keputusan yang baik kerana dalam drama itu, Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies.