Kunto Aji, penyanyi dan penulis lagu yang terkenal dengan lirik-lirik penuh emosi, bakal menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2024 ini dengan konsert ‘Perjalanan Menawar Racun’.

Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh penggemar muzik di Malaysia untuk menyaksikan Kunto Aji beraksi secara langsung.

Lebih menarik lagi, platform penstriman video terkemuka di Malaysia, Tonton, telah menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Kunto Aji dan Hashtag Media untuk memberi peluang kepada peminat-peminat setia menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Peluang Bertemu Kunto Aji

Bagi anda yang benar-benar mengidolakan Kunto Aji, inilah masanya untuk bertemu dan bersantai bersama idola anda. Tonton menawarkan peluang keemasan ini melalui kempen langganan yang berlangsung dari 19 Ogos hingga 25 Ogos 2024.

Dengan hanya melanggan pelan Tonton minimum selama 3 bulan, anda layak untuk satu penyertaan cabutan bertuah bagi memenangi tiket konsert eksklusif.

Lebih menarik, jika anda memilih untuk melanggan selama 12 bulan, peluang anda akan berganda dengan lima penyertaan!

Sebanyak 20 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai sesi Meet & Greet eksklusif pada hari konsert, di mana mereka akan berpeluang menonton konsert dari kawasan Royal Box yang bernilai RM2,000.

Bayangkan, menyaksikan persembahan Kunto Aji dari tempat duduk istimewa sambil beramah mesra dengan beliau!

Jangan Risau, Ada 100 Tiket Lagi Untuk Dimenangi!

Jika anda tidak berjaya meraih hadiah utama, jangan risau.

Tonton turut menyediakan 100 tiket konsert lagi untuk dimenangi melalui cabutan bertuah.

Untuk menyertainya, anda hanya perlu melanggan TontonUP dan secara automatik nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai cabutan bertuah.

Jangan lepaskan peluang ini, layari laman web Tonton di bit.ly/tontonkuntoaji untuk melanggan dan merebut peluang untuk menyaksikan Kunto Aji secara langsung.

Konsert Penuh Emosi Bersama Kunto Aji

Konsert ini dijangka berlangsung selama dua jam, di mana Kunto Aji akan membawa penonton mengembara melalui 20 buah lagu dari album terbarunya serta hits dari album-album lamanya seperti “Terlalu Lama Sendiri,” “Rehat,” dan “Saudade.”

Lagu-lagu ini telah menjadi kegemaran ramai dan menjadikan Kunto Aji sebagai salah satu artis yang paling berpengaruh di Indonesia, termasuk dalam kalangan peminat muzik di Malaysia.

Kunto Aji mula mencipta nama dalam industri muzik setelah meraih tempat keempat dalam Indonesian Idol 2008.

Sejak itu, beliau terus mencipta kejayaan dengan menghasilkan tiga album yang mendapat sambutan hangat, termasuk hits yang mendalam dan bermakna seperti “Rehat.”

Kini, dengan lebih 1.5 juta pendengar bulanan di Spotify dan 495,000 pengikut di Instagram, Kunto Aji terus mencipta impak besar dalam industri muzik.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat Kunto Aji dan merasai pengalaman ‘healing’ yang tiada tandingannya.

Pastikan anda melanggan Tonton sekarang dan rebut peluang ini sebelum terlambat!