Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan kualitinya turut diakui oleh masyarakat luar negara yang pernah menggunakan khidmat syarikat itu.
Baru-baru ini, salah seorang penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Kunto Aji memuji layanan yang diberikan oleh MAS ketika berada dalam situasi penerbangan ditunda.

Baca Juga:
- Senarai Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia 2025, Ada Malaysia Airlines?
- Kru Kabin Malaysia Airlines Berada Dalam Top 10 Terbaik Di Dunia
- Pekerja ‘Resign’ Antara Punca Penerbangan Malaysia Airlines Tergendala
Menerusi laman media sosial X miliknya, Kunto memuat naik voucher yang diberikan oleh Malaysia Airlines sambil memerli syarikat penerbangan lain.
Kok bisa sih pesawat telat dikasih voucher makan 120ribu-an. Harusnya kan cuma biskuat sama air mineral
cebol. Gak takut rugi apa ya? Pasti jarang nih. pic.twitter.com/5MR1kwaJPn— M Z K U N (@KuntoAjiW) January 22, 2025
“Macam mana kapal terbang ditunda dan saya diberikan voucher makan sebesar 120 Rupiah (RM35)? Seharusnya saya hanya menerima biskut dan air mineral. Adakah mereka tidak takut rugi? Pasti jarang berlaku,” tulis Kunto.
Di ruangan komen, ada individu yang berkongsi pengalaman hanya mendapat biskut coklat dan satu botol kecil air mineral ketika berada dalam situasi penerbangan ditunda yang mana penerbangan diuruskan oleh syarikat dari Indonesia.
Sebelum ini, kru kabin Malaysia Airlines berada dalam kelompok 10 kru kabin terbaik di dunia menerusi ranking yang dikeluarkan oleh Skytrax bagi tahun 2024.
Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat konsultansi dari United Kingdom itu menunjukkan Malaysia Airline berada di tangga ke-10 manakala syarikat dari negara jiran iaitu Singapore Airlines menjadi kru kabin terbaik bagi tahun ini.
World's best cabin crew, 2024.
1. ๐ธ๐ฌ Singapore Airlines
2. ๐ฏ๐ต ANA All Nippon
3. ๐ฎ๐ฉ Garuda Indonesia
4. ๐น๐ผ EVA Air
5. ๐ญ๐ฐ Cathay Pacific
6. ๐จ๐ณ Hainan Airlines
7. ๐ฏ๐ต Japan Airlines
8. ๐น๐ญ Thai Airways
9. ๐ถ๐ฆ Qatar Airways
10. ๐ฒ๐พ Malaysia Airlines(SkyTrax)
— The Spectator Index (@spectatorindex) September 15, 2024
Anugerah Kru Kabin Terbaik mengiktiraf prestasi keseluruhan tertinggi yang ditampilkan oleh kakitangan kabin untuk perkhidmatan yang cemerlang (cth. teknik, kecekapan, perhatian dll), dan ciri-ciri perkhidmatan yang lembut (cth. semangat kakitangan, sikap, keramahan dan keramahan).
Selepas Singapore Airline, syarikat penerbangan dari Jepun iaitu ANA All Nippon Airways berada di tempat kedua manakala syarikat penerbangan milik negara jiran, Indonesia iaitu Garuda Indonesia menduduki tangga ketiga.
MAS mengatasi beberapa syarikat penerbangan terkemuka dunia seperti Emirates yang berada di tangga ke-12 dan Qantas Airways yang berada di tangga ke-16.
Meskipun berdepan dengan masalah gangguan penerbangan yang disebabkan oleh kekurangan jurutera pesawat dan komponen mekanikal, namun perkara ini tidak menghalang kru kabin MAS untuk menunjukkan hospitaliti terbaik kepada pelanggan.