Penangan Konsert Ulang Tahun ke-26 Ungu di Menara PGRM Kuala Lumpur semalam menyaksikan peminat tegar lagu-lagu ‘galau’ Ungu memenuhi pusat konvensyen tersebut.

Penonton disajikan sebanyak 20 lagu termasuk lagu encore Demi Waktu. Ada penonton menangis apabila lagu Tercipta Untukku dimainkan dengan liriknya yang begitu mendalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Aku ingin engkau slalu, hadir dan temani aku di setiap langkah yang meyakiniku kau tercipta untukku sepanjang hidupku,” bait liriknya yang deep sehingga peminat yang mengalirkan air mata.

Bahkan, permulaan lagu I Need You disambut dengan gembira sekali oleh penonton, tidak kira penonton duduk di barisan VVIP sehingga ke penonton duduk di Upper Level yang turut sama menyanyikan lagu tersebut.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama tiga orang anakanda baginda turut mencemar duli bagi sama-sama meluangkan masa melihat persembahan penuh bertenaga vokalis, Pasha dan kumpulan.

Pasha meluahkan rasa gembira dengan kehadiran Permaisuri Agong ke konsertnya dan berseloroh mengatakan permaisuri hanya hadir ke konsertnya sahaja dan bukan konsert band Indonesia yang lain.

Selain itu, Pasha juga memperkenalkan selebriti yang hadir seperti penyanyi lagenda terkenal, Amy Search. Malah, kumpulan Ungu sempat menyanyikan lagu ‘Isabella’ oleh Amy Search bagi ‘mengenakkan’ suasana konsert. Bahkan, seluruh dewan turut menyanyikan sekali lagu itu.

Nyanyian 20 lagu yang didendangkan semalam turut diserikan suara 2 orang ahli kumpulan yang lain iaitu dua pemain gitar, Oncy dan Enda. Selain pandai bermain gitar, Oncy mempunyai suara yang ‘sedap’ untuk didengari dengan menyanyikan lagu Cinta Dalam Hati pada permulaan tetapi disambung dengan Pasha ditengah lagu.

Selepas persembahan Bila Tiba daripada Pasha, seorang lagi pemain gitar mempunyai suara serak basah, Enda menyanyikan Laguku sampai ke penghujung lagu.

Apabila Pasha menyanyikan lagu Andai Ku Tahu, dia mengatakan lagu tersebut adalah salah satu lagu kesukaan kumpulannya, Enda kerana lagu yang memberi maksud yang indah iaitu mengingatkan seluruh manusia mengenai ajal yang akan tiba kelak.

Bagi penutup persembahan, Pasha dan kesemua kumpulan menyanyikan lagu yang paling popular atau kesukaan ramai iaitu Demi Waktu, penonton yang begitu sporting turut menyanyikan bersama-sama.

Di penghujung konsert kumpulan tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penganjur serta rakan media konsert mereka iaitu SRC Suria Records, FOXDRY, ticket2U, Era, Sinar, Gempak, Cuti-Cuti Malaysia terutamanya sekali kepada penganjur utama iaitu Star Planet dan Tourism Malaysia.

P/S: Jika anda terlepas untuk ke konsert Ungu semalam, Ungu bakal beraksi untuk hari kedua malam ini dan tiket masih boleh didapati di sini. Kami jamin anda akan rasa terhibur dan puas dengan persembahan mereka nanti!