Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA), Putera Ali bin Al Hussein melancarkan tuduhan serius terhadap FIFA dan presidennya, Gianni Infantino.
Ini apabila FA Jordan mendakwa badan induk bola sepak dunia itu menggunakan taktik “ugut” atau blackmail bagi mendapatkan sokongan politik menjelang pemilihan presiden FIFA akan datang.
Infantino mahukan jaminan bahawa FA Jordan akan memberikan sokongan kepadanya dalam pemilihan presiden akan datang.
Menurut Putera Ali, FIFA didakwa memberi bayangan bahawa beberapa isu yang dihadapi Jordan hanya akan diselesaikan sekiranya beliau menyatakan sokongan kepada Infantino untuk terus kekal sebagai Presiden FIFA.
Beliau menegaskan Jordan tidak akan tunduk kepada tekanan seperti itu. Kerana jelas sekali ianya adalah tekanan politik dalam usaha Infantino mahu mempertahankan jawatannya.
Antara isu yang dibangkitkan FA Jordan termasuk kegagalan FIFA membantu penyokong Jordan mendapatkan visa ke Amerika Syarikat semasa Piala Dunia 2026.
Seterusnya harga tiket yang terlalu mahal, ditambah pula cukai yang dikenakan ke atas pasukan Jordan, serta hadiah wang kemenangan Piala Arab yang didakwa masih belum dibayar.
Kontroversi ini hadir ketika tekanan terhadap Infantino semakin memuncak susulan kegagalan cadangan menjual pegangan komersial Piala Dunia kepada pelabur swasta.
Idea yang menerima tentangan hebat daripada beberapa badan bola sepak dunia. FIFA setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan tersebut.