Beberapa negeri sekitar Malaysia sudah mulakan projek rintis penggunaan garisan glow in the dark. Projek rintis yang dibuat di Selangor, Kedah dan Johor itu  bagi menilai aspek teknikal — kos, ketahanan, keselamatan dan kesesuaian.

Baru-baru ini Kementerian Kerja Raya (KKR) mengaku ada keperluan untuk memasang garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark di Lebuh Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik).

Baca Juga:

Bagaimanapun kos penggunaan garisan glow in the dark itu amat mahal hingga hampir 20 kali ganda berbanding kaedah konvensional yang digunakan ketika ini, petik Berita Harian.

“Saya sendiri sudah melakukan lawatan ke Hulu Langat, November lalu, dan ia (garisan jalan bercahaya dalam gelap) nampak bagus, selain maklum balas daripada pengguna juga positif.

“Namun, kosnya sangat mahal berbanding kaedah yang kita gunakan sekarang. Kos pemasangan garisan glow in the dark adalah RM749 bagi setiap meter persegi berbanding kaedah konvensional menggunakan cat yang hanya RM40 bagi setiap meter persegi,” terang Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Netizen Teruja Lihat Garisan ‘Glow In The Dark’ Pertama Terpanjang Malaysia Di Kedah

Sehubungan dengan itu, Alexander menjelaskan, pihaknya perlu melakukan kajian lanjut secara menyeluruh terlebih dahulu, selain meneliti daripada aspek kewangan.

“Memang ada keperluan di lebuh raya berkenaan, namun perlu melihat dari segi kewangan juga.

“Jika menggunakan kaedah yang memerlukan kos tinggi, mungkin hanya boleh membabitkan jarak yang dekat dan ia masih mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya,” jelas beliau.

Sumber