Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata daerah Kota Bharu merekodkan kes judi ‘online’ tertinggi di negeri tersebut. Sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun lalu.

Menurutnya lagi, daripada jumlah tersebut sebanyak 27 kertas siasatan telah berdepan pendakwaan, lapor Sinar Harian.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

“Lapan kes sudah selesai manakala dua lagi dalam siasatan.

“Selain Kota Bharu, Pasir Mas merupakan daerah kedua apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10). Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2),” katanya.

Sementara untuk tahun ini, dari Januari hingga Ahad (23 Jun 2024) sebanyak 83 kes judi online telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas serta Tanah Merah merekodkan kertas siasatan paling tinggi dengan 14 kes.

“Diikuti Kota Bharu 13, Bachok (9), manakala Tumpat, Pasir Puteh dan Machang masing-masing tujuh. Kuala Krai (6) dan Jeli serta Gua Musang (3),” katanya.

Sumber Gambar: Berita Harian

Sementara itu, sekumpulan penduduk mendakwa lebih 40 premis judi online beroperasi secara aktif di beberapa daerah di Kelantan dengan berselindung di sebalik kedai aksesori telefon sejak 5 tahun lalu.

Memetik Berita Harian, wakil penduduk mempunyai bukti rakaman video dan gambar berhubung aktiviti berkenaan.

Mereka turut menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung senarai premis yang dipercayai terbabit dengan aktiviti perjudian terbabit.

Menurut laporan itu lagi, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan pihaknya akan menjalankan risikan terhadap dakwaan penduduk setempat itu.