Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan Kementerian Pendidikan (KPM) sedia terima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang dibuang sekolah.

Menurutnya KPM sentiasa bersedia menerima sesiapa saja pelajar kerana tugas mendidik itu sememangnya berada bawah tanggungjawab KPM, petik Berita Harian.

Baca Juga:

“Kalau dihantar ke sekolah kita kena terimalah kerana itu tanggungjawab kita dan komitmen kita dan kita sentiasa bersedia untuk menerima siapa saja anak-anak kita untuk dididik.

“Jadi saya rasa tidak timbul isu kita tidak memberi peluang atau menolak mereka tetapi kita ambil atas dasar tanggungjawab,” katanya.

‘Mana Adab Dengan Guru?’ Tular Video Pelajar Biadap Cuba Tumbuk Muka Cikgu Sendiri

Memetik laporan itu lagi, Fadhlina Sidek menyatakan pihaknya serahkan kepada polis untuk menyiasat isu pelajar Tingkatan Dua tumbuk guru di sebuah sekolah menengah di Kajang.

Insiden itu berlaku apabila pelajar terbabit berang selepas ditegur ponteng kelas pendidikan jasmani petang kelmarin.

Pada masa sama KPM akan beri tumpuan khususnya memberikan kaunseling guru terbabit.

Sumber