Seorang netizen mendedahkan bahawa dia kini berdepan tindakan saman RM5 juta oleh FAM kerana sering kritik FAM di media sosial.
Ini selepas dia beberapa kali memuat naik status di X kritik FAM.
FAM mendakwa individu terssebut dengan sengaja enggan memadam kenyataan fitnah terhadap FAM di platform X walaupun sudah diminta berbuat demikian.
Individu tersebut adalah penyokong Harimau Malaya yang seringkali menyuarakan pandangannya di X.
Disaman RM5 juta kerana Kritik FAM
Tindakan berterusan individu tersebut mengkritik FAM telah memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan penyebaran semula kenyataan fitnah yang sama.
Oleh sebab itu FAM dalam surat mahkamahnya menuntut ganti rugi fitnah (libel) sebanyak RM5,000,000.00. Dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan gganti rugi keterlaluan dan/atau sebagai pengajaran (tauladan).
Lantas individu yang menggunakann akaun X, Sayf Ismail itu mengingatkan agar semua netizen berhati hati dalamm menyuarakan pendapat atau komen berkaitan bola sepak Malaysia.
“FAM telah menyaman saya atas beberapa ciapan lama yang kononnya menyebarkan fitnah dan menyebabkan kerugian libel RM5 juta,” kata Sayf.
Salam Jumaat,
Buat peminat² bolasepak yg biasa menyuarakan pendapat/memberi komen terhadap isu² Bolasepak Malaysia, anda harus berhati-hati.@FAM_Malaysia telah menyaman sy atas beberapa ciapan lama yg kononnya meyebarkan fitnah & meyebabkan kerugian libel sbyk RM 5 juta. pic.twitter.com/a4sqDGdycn
— Sayf (@Sayf_ismail) April 25, 2025
Netizen X tersebut memuat naik kandungan di X mengkritik FAM di platform X.
Dia kemudian berkata: “Saya percaya FAM sebagai badan induk harus terbuka dan menerima ulasan, pandangan, kritikan dari bukan sahaja pihak – pihak berkepentingan, tetapi juga peminat Bolasepak & orang awam sepeti anda dan saya.
“Saman ini adalah ancaman kepada semua netizen yang ingin beri pendapat mereka.”
FAM pernah ikrar akan terbuka mendengar kritikan
Dia juga mengingatkan kembali kenyataan Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub yang menegaskan bahawa FAM sentiasa terbuka mendengar kritikan daripada penyokong.
Joehari berkata: “FAM akan sentiasa dikritiik dan ini adalah sebahagian daripada tugas kami. Namun kritikan ini hanya akan berguna jika kami mengambil tindakan.
“Kami akan memberikan perhatian sangat teliti terhadap semua isu dibangkitkan dan akan bertindak sebaiknya.”
Dlm kenyataannya, Presiden FAM baharu senada dgn perkara di atas. Namun, tindakan yg diambil terhadap sy tidak mencerminkan kata² beliau.
Oleh yang demikian, sy x ada pilihan. Sy akan membela diri sy walaupun merasakan tindakan ini tidak sewajarnya wujud.
Yg kecewa,
Sayf. pic.twitter.com/nBCmShxwh8— Sayf (@Sayf_ismail) April 25, 2025
Buat masa ini pihak FAM masih belum memberikan respon di atas dakawaan individu tersebut.