Legenda Real Madrid, Toni Kroos tanpa berselindung mengakui bahawa sikap bekas rakan sepasukannya, Vinicius Jr memang boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkan.

Seperti dilaporkan sebelum ini, pemain kelahiran Brazil itu menunjukkan rasa tidak puas hatinya kerana ditukarkan oleh Xabi Alonso pada aksi El Clasico tempoh hari.

Baca Juga:

Perlakuan tidak matang itu jelas menjadi tumpuan utama selain daripada kejayaan Madrid menundukkan musuh tradisi itu dengan keputusan 2-1.

Walaupun Vinicius sudah membuat permohonan maaf atas tindakannya, Kroos mendedahkan beliau sering kali menasihati dan cuba mengawal rakannya itu sewaktu berada dalam kem Real Madrid.

Kroos Selalu Nasihat Vinicius

“Pada waktu itu, saya banyak kali beritahu dia bahawa cukuplah kerana kita boleh rasa bahawa disebabkan kelakuannya, pasukan pula yang menanggung akibat.”

“Memang boleh difahami keadaan tersebut kalau dia menimbulkan rasa tidak puas hati kepada lawan, pengadil atau penonton.”

“Sebagai satu pasukan, kita dapat rasa seolah-olah semuanya menjadi halangan kepada kumpulan akibat perkara yang berlaku di sekelilingnya.”

“Saya dah banyak kali cuba tenangkan dia di atas padang terutamanya supaya dia tidak hilang kawalan emosi kerana kadang-kadang itu memang berlaku.”

“Saya selalu beritahu dia, ‘Kau ni bagus sangat, kau tak perlukan semua tu’,” ujar Kroos menurut sumber laporan Goal.

 

Sumber