Pemain sayap lincah, Vinicius Jr dilaporkan berhasrat untuk meninggalkan Real Madrid susulan insiden selepas reaksinya yang marah ketika digantikan dalam perlawanan El Clasico pada Ahad lalu.
Pemain antarabangsa Brazil itu berang selepas pengurus, Xabi Alonso memutuskan untuk mengeluarkannya pada penghujung kemenangan dramatik 2-1 ke atas seteru tradisi, Barcelona di The Bernabeu.
Baca Juga:
- LaLiga 2025/26: El Clasico Milik Real Madrid, Jinakkan Barcelona 2-1

- Vinicius Jr: Boikot Ballon d’Or 2024, Itu Arahan Real Madrid

- Vinicius Jr ‘Kantoi’ Layan Saluran Haram

Vinicius Jr ‘Koyak’ Dikeluarkan
Dalam pertembungan penuh tegang antara dua gergasi Sepanyol itu, yang turut menyaksikan pergaduhan tercetus antara kedua-dua pasukan selepas wisel penamat, Vinicius menambah lagi ketegangan selepas reaksinya ketika digantikan pada minit ke-72.
Sambil berang menuju ke tepi padang, pemain berusia 25 tahun itu menurut sumber laporan Goal dipercayai menjerit “asyik aku sahaja [dikeluarkan]” ke arah Alonso, sebelum berkata, “aku akan tinggalkan pasukan ini, lebih baik aku pergi, aku pergi.”
Sehubungan dengan itu, Vinicius dikatakan benar-benar mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab tersebut berikutan rasa kurang percaya terhadap Alonso.
Laporan itu mendakwa Vinicius merasakan pencapaiannya sebelum ini tidak dihargai oleh Alonso meskipun telah menjaringkan 111 gol dalam 336 penampilan sejak menyertai Real pada tahun 2018.
Beliau juga telah memenangi 14 trofi bersama Los Blancos termasuk tiga kejuaraan La Liga dan dua gelaran Liga Juara-Juara.
Goal turut melaporkan kemarahan Vinicius Jr apabila digantikan itu jelas tidak diterima baik oleh pengurusn tertinggi Real Madrid, yang dipercayai memberikan sokongan penuh terhadap keputusan Xabi Alonso.