Kuala Lumpur telah tersenarai sebagai ‘Destinasi Percutian Terbaik Dunia 2024’, di mana ia berada di kedudukan ke-18 daripada 37 bandar di seluruh dunia.
Menurut tinjauan tahunan yang dikeluarkan oleh Which?, sebuah organisasi bukan kerajaan di UK yang bertujuan untuk melindungi pengguna, senarai itu dikeluarkan berdasarkan tujuh langkah berbeza: makanan dan minuman, penginapan, pemandangan budaya, membeli-belah, kemudahan bergerak, nilai untuk wang dan kekurangan orang ramai.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
Berikut adalah pecahan markah KL:
Makanan dan minuman – 4/5 bintang
Penginapan – 4/5 bintang
Pemandangan budaya – 3/5 bintang
Membeli-belah – 4/5 bintang
Kemudahan bergerak – 2/5 bintang
Kekurangan orang ramai – 2/5 bintang
Nilai untuk wang – 4/5 bintang
KL mencapai skor keseluruhan 75%, berkongsi tempat dengan Ho Chin Minh City Vietnam dan mendahului Dubai, Hong Kong dan Toronto.
Bagi tempat #1, ia telah dimenangi oleh Sydney dengan skor 88% manakala Singapura ‘saingan’ kekal Malaysia berada di tempat ke-5 dan dinamakan sebagai “bandar terbaik di Asia”.
Selain itu, hanya bandar yang disemak oleh lebih daripada 30 orang sahaja dimasukkan ke dalam senarai.