Menjelang Hari Raya ini sudah pasti orang ramai di luar sana akan menggunakan data internet yang lebih tinggi kerana mahu mengemas kini media sosial di samping berhubung dengan keluarga berjauhan menerusi panggilan video.
Susulan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini mengumumkan pengguna pelan prabayar bakal menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tempoh tertentu sehingga 31 Mei.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Setiap syarikat telekomunikasi menyediakan penawaran berbeza mengikut pelan prabayar masing-masing. Sebagai contoh, Umobile sedia tawarkan bonus 10GB dengan Pakej Perpaduan di mana sah sehingga 31 Mei 2023 ini.
Fahmi Fadzil berkata inisiatif yang disediakan ini adalah kerjasama strategik antara pihak KKD menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat penyedia telekomunikasi. Jadi, para pengguna boleh manfaatkan bonus data tambahan untuk sambutan perayaan kali ini.