Kita pun sedia maklum tentang artis bernama Kaka Azraff yang telah ditamatkan kontrak bersama label terkemuka setelah menyuarakan sokongan terhadap negara Palestin.

Bagaimanapun, ramai rakan artis dan juga rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada beliau dan berharap akan kekal kuat dalam mengharungi segala halangan yang dihadapi pada ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan daripada isu tersebut, Ketua Pengawai Eksekutif & Pengasas XENO Entertainment, Prashan Chitty berkongsi satu hantaran di platform X mengenai keterbukaannya untuk membantu barisan artis yang mungkin terpalit dengan isu itu.

Menurut Prashan lagi, pertolongan yang dimaksudkan bersifat umum dalam ruang lingkungan dunia yang hiburan yang besar.

“Hantaran yang saya buat itu bersifat umum sahaja. Sebagai contoh, jika ada yang terjejas dengan perkara ini (digugurkan kerana menyatakan sokongan pada Palestin), saya sanggup tolong.

“Tolong dari segi apa? Mungkin saya boleh carikan job mereka. Jika artis berkenaan dilihat sesuai dengan genetik XENO Entertainment, mungkin kita akan sign  dia,” katanya.

Prashan menambah, golongan selebriti yang terkesan juga boleh datang kepadanya jika mahu mendapatkan nasihat berhubung kerjaya dan perancangan untuk peringkat seterusnya.

“Jika ada keperluan yang perlukan nasihat seperti bagaimana nak teruskan dengan karier, saya boleh bantu. Bantuan dari segi apa yang mereka perlukan.

“Tidak bermaksud saya sign semua. Cuma bantu dari segi mana yang boleh, ” ujarnya lagi.

Menerusi ciapan terbaharu, Prashan juga memberi sokongan kepada Kaka Azraff dan mendoakan agar beliau jadi lebih kuat selepas ini.

Untuk rekod, XENO Entertainment merupakan label tempatan yang berjaya melahirkan sejumlah talent yang mampu memenangi pelbagai anugerah sepanjang beroperasi selama 7 tahun.

Sumber