Hari ini, 23 Mac, bermulalah hari pertama umat Islam di seluruh Malaysia menunaikan ibadah puasa. Manakala pada malam semalam, orang ramai mula memenuhi masjid untuk melaksanakan solat tarawih yang hanya khas untuk bulan Ramadan sahaja.

Bagaimanapun penampilan Dato Sri Vida (DSV) bersolat tarawih semalam mencuri perhatian netizen apabila beliau mengenakan telekung terlalu labuh sehingga memenuhi kawasan lantai masjid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rata-rata komen pada video reels Instagram yang dimuat naik DSV dipenuhi dengan pertikaian netizen. Ramai menyatakan kain yang terlalu labuh itu adalah satu pembaziran dan pembaziran itu satu sifat tidak disukai dalam agama.

Tambah netizen lagi, jika video itu dibuat secara ikhlas tiada masalah. Namun jika video itu dibuat semata-mata untuk konten sahaja, ia satu perkara tidak sesuai dalam bulan yang penuh mulia ini.

Sumber Gambar: IG @datoserivida
Sumber Gambar: IG @datoserivida
Sumber Gambar: IG @datoserivida
Sumber Gambar: IG @datoserivida
Sumber Gambar: IG @datoserivida

Bagaimanapun apabila melihat pada IG Story yang dikongsikan DSV, kelihatan beliau tidak menggunakan kain telekung yang labuh panjang itu dan tidak mengganggu jemaah yang berada di dalam ruang solat masjid.

Dalam pada itu, ramai bertanya di manakah DSV merakam video berkenaan, DSV menjawab beliau berada di Masjid Wilayah ketika itu.