Pengendali taman tema Sim Leisure Group baru-baru ini memperoleh KidZania Singapore selepas taman tema kanak-kanak itu dibubarkan di negara kota itu, dengan syarikat itu memperoleh semua aset tidak alihnya daripada penerima dengan hanya SG$110,000 (RM379,398).

Menurut sumber, dipercayai Khazanah dan Boustead Holdings Bhd, telah menyuntik SGD48 juta (RM165.52 juta) untuk melancarkan Kidzania di Singapura pada 2016.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, taman tema itu mencatatkan pendapatan SGD15 juta (RM51.73 juta) dan kerugian selepas cukai SGD8.3 juta (RM28.63 juta), lapor Singapore Business Times.

KidZania Singapura juga didapati berhutang SGD53.4 juta (RM184.17 juta) kepada pemiutang, dengan sebanyak 93% berhutang kepada Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (TARH), anak syarikat Khazanah.

Berhubung laporan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan meneliti laporan penjualan taman tema Singapura milik Khazanah Nasional Berhad dengan kerugian yang besar.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan mereka (Khazanah),” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat.

Khazanah Nafi jual KidZania Singapura

Memetik laporan New Straits Times, Khazanah Nasional Bhd menafikan laporan berita yang mengatakan kumpulan tersebut telah menjual KidZania Singapore yang telah dihentikan kepada Sim Leisure Group Ltd dengan harga S$110,000 (RM380,000).

Khazanah menjelaskan bahawa Sim Leisure, pengendali baru KidZania, telah membeli semua aset tidak bergerak daripada Likuidasi dan kemudiannya berunding untuk mendapatkan lesen francais dengan KidZania Mexico.

“Keputusan oleh Sim Leisure untuk memulakan semula KidZania di Singapura seperti yang dinyatakan dalam pengumuman mereka pada 12 Jun 2023 adalah tidak berkaitan dengan Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) atau mana-mana subsidiari kami.

“Ini kerana lesen operasi Rakan Riang Pte Ltd (Rakan Riang) telah dimansuhkan pada Jun 2020,” kata kenyataan tersebut.

KidZania, yang dibuka pada Julai 2016, dikendalikan oleh Rakan Riang, sebuah anak syarikat DRH, sebelum ini dikenali sebagai Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (TARH). DRH adalah anak syarikat Khazanah Nasional.

Walaupun Rakan Riang berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kedudukan kewangan yang stabil bagi KidZania, pandemik Covid-19 dan kesan ekonomi yang berikutnya telah merosakkan jualan tiket dan memberi kesan kepada rakan niaga komersial yang telah mempengaruhi prestasi kewangan secara keseluruhan.

Ini menyebabkan likuidasi sukarela dan pelantikan likuidator pada 11 Jun 2020, untuk mengutip dan melikuidasi semua aset Rakan Riang dan mengagihkan hasil jualan kepada semua pemiutang.

Khazanah menambah bahawa premis, tanah, dan ruang di mana KidZania Singapore beroperasi dimiliki oleh pihak ketiga, bukan oleh DRH atau mana-mana subsidiarinya.