Sebut mengenai Rohingnya, pasti orang ramai mempunyai pengalaman yang kurang baik mengenai golongan ini. Membuat samseng serta mengambil kesempatan atas kesempitan antara yang sering dikaitkan dengan golongan ini.
Terbaharu, telatah golongan Rohingnya ini sekali lagi menjadi perhatian apabila tular sebuah rakaman memperlihatkan tindakan keluarga ini yang menggunakan motosikal yang dipasang dengan tempat meletak barang beroda.
Baca Juga:
- ‘Kami Datang Bukan Sebab Kami Suka’ – Warga Rohingnya Ini Nafi Datang Malaysia Untuk Bawa Masalah
- DBKL Dan MPS Sita Barang Rohingnya Berniaga Tanpa Lesen Selepas Tular Video Pasar Selayang ‘Dijajah’
- Dipaksa Beli Naskah Yasin Dan Dilabel Kafir, Tindakan Warga Rohingnya Ini Undang Perhatian Netizen
Menerusi rakaman yang tular, dapat dilihat keluarga enam beranak ini dibawa secara sekaligus menggunakan motosikal. Situasi menjadi lebih tegang apabila seorang remaja yang berada pada motosikal menunjukkan jari tengah selepas berang dirakam.
JANGAN MULAKAN. Cukup dengan yang sedia ada pun bermasalah. Samseng , biadap, kurang ajar. https://t.co/N9yqtlmxhf pic.twitter.com/xeiDuYYGP0
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) June 23, 2023
Telatah keluarga ini yang kurang disenangi ramai sekaligus telah mendapat perhatian para netizen yang turut meluahkan perkara yang sama.
Terdapat netizen yang mendakwa segelintir golongan ini seolah membuatkan negara Malaysia seakan negara mereka sendiri. Tidak kurang juga yang mendakwa golongan ini sudah mempunyai perkampungan sendiri di beberapa tempat di Malaysia.
Diharapkan kehadiran golongan ini dapat dikekang sekaligus memastikan peningkatan golongan Rohingnya ini dapat disekat dalam mengelakkan lebih banyak golongan ini pada masa akan datang.