Bekas pemain Harimau Malaya, Khalid Ali disahkan meninggal dunia apabila menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sebentar tadi.

Perkembangan itu diumumkan oleh laman facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sambil mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Khalid Ali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Sebelum ini, Khalid Ali disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanannya.

Berita pemergian Khalid Ali juga mengundang rasa sedih dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial.

Khalid Ali merupakan salah seorang lagenda pasukan negara yang sentiasa memberi komen serta kritikan terutamanya mengenai prestasi skuad Harimau Malaya.

Antara pemain yang sentiasa mendapatkan kritikan dan teguran dari Khalid ialah pemain naturalisasi negara iaitu Guilherme De Paula dimana pemain itu pernah dikritik ekoran prestasi kurang memberangsangkan di pihak kelab.

Khalid pernah mempertikai prestasi De Paula menjelang saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di laman sendiri tahun lalu.

Vocket ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Khalid Ali dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.