Pada minggu ini, topik telefon pintar YES telah menjadi bualan hangat oleh pengguna media sosial. Mana tidaknya, pelajar baru sahaja menggunakan telefon pintar tersebut untuk tujuan PdPR untuk tempoh yang sekejap, pelbagai masalah dan kerosakkan telah terjadi.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi ciapan mengenai keadaan telefon pintar YES milik adiknya yang telah hangus terbakar akibat meletup semasa cas.

https://twitter.com/najmi_fatin/status/1405529532749123597?s=20

Ciapan tersebut mengundang kerisauan orang ramai kerana telefon pintar tersebut umpama sebuah ‘bom jangka mini’ yang boleh mengakibatkan kemalangan yang besar kepada pengguna.

Rata-rata mempertikaikan kadar keselamatan para pelajar dan risau jika telefon pintar yang berkualiti rendah serta lembap ini ‘meletup’ secara tiba-tiba semasa para pelajar sedang online bagi mengikuti kelas PdPR.

https://twitter.com/nakhoda_ragam19/status/1405738981568905223?s=20

https://twitter.com/akimego/status/1405740261423017996?s=20

https://twitter.com/Purrfessionals/status/1405737681955426309?s=20

Sejak kejadian pertama telefon pintar percuma terbakar secara tiba-tiba tular, ramai pihak mula mempertikaikan bagaimana telefon berspesifikasi rendah ini mendapat green light untuk diberikan kepada para pelajar bagi mengikuti aktiviti PdPR.

Peranti jenama YES bukan lagi dilihat dapat membantu produktiviti para pelajar untuk mengikuti kelas online di rumah, tetapi ia sudah menambah satu lagi kebimbangan dalam kalangan para ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka semasa menggunakan telefon pintar tersebut.

Dalam satu kes yang lain, sebuah telefon pintar percuma terbakar secara tiba-tiba semasa pelajar tersebut sedang mengikuti kelas online.

Dugaan Murid PdPR, Telefon Jenama YES Pakai Tak Sampai Sebulan Terbakar Secara Tiba-Tiba

Mahu Elak Bermain ‘Game’, Kerajaan Perak Edar Telefon Pintar Berkualiti Rendah Buat Para Pelajar

Sumber