Gandingan pelakon Riena Diana dan Aqasha dalam drama Toksik Cinta meraih perhatian peminat sehinggakan peminat mengaitkan mereka dengan kisah selebriti Hollywood, Amber Heard dan Johnny Depp.

Netizen yang mengikuti drama tersebut berkata hubungan Riena dan Aqasha dalam drama tersebut sangat mirip dengan Amber Heard dan Johnny Depp; wanita yang bijak manipulasi emosi sehingga nampak dia sebagai sebagai ‘mangsa’ dalam hubungan tersebut.

@tontonmy

Hmm.. salah pilih pasangan hidup ni mcm ni la jd nya.. Strim Tonton Original Series: Toksik Cinta –> Setiap Isnin hingga Khamis | Eksklusif hanya di @Tontonmy Dibintangi :- Aqasha sebagai Alfi @rienadiana_ sebagai Karmila @keithfoo sebagai Amsyar @cristinastockstill sebagai Farhana @dayangareeda sebagai Eez @ruzanaibrahim sebagai Anggun Arahan: @paliyahyalatest Penerbit: @ermafatima Terbitan: @rumah_karya_citra OST: @jimikamal_ Fantasia #ToksikCinta #TontonOriginals #Tonton #DramaSangat

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY

Toksik Cinta bukan sekadar drama tentang kisah cinta atau konflik rumah tangga, tetapi cerminan kepada realiti sosial yang jarang didedahkan, tentang bagaimana kasih boleh bertukar menjadi bayang yang menghantui apabila diselubungi ego, dendam dan keinginan untuk memiliki.

@tontonmy

Bila hati dah tawar, memang sampai bila-bila pun sakitnya takkan hilang. Strim Tonton Original Series: Toksik Cinta –> Setiap Isnin hingga Khamis | Eksklusif hanya di @Tontonmy Dibintangi :- Aqasha sebagai Alfi @rienadiana_ sebagai Karmila @keithfoo sebagai Amsyar @cristinastockstill sebagai Farhana @dayangareeda sebagai Eez @ruzanaibrahim sebagai Anggun Arahan: @paliyahyalatest Penerbit: @ermafatima Terbitan: @rumah_karya_citra OST: @jimikamal_ Fantasia ToksikCinta TontonOriginals Tonton DramaSangat

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY

Mengangkat tema cinta yang beracun di sebalik keindahan dan glamor dunia hiburan, Toksik Cinta merupakan naskhah baharu di bawah jenama Tonton Original Series.

Saksikan kisah penuh debaran, Tonton Original Series: Toksik Cinta bermula pada 27 Oktober 2025, eksklusif hanya di Tonton.