Telefilem Rumah Menanti Cahaya menjadi bualan selepas pihak produksi berkongsi behind the scene teknik penggambaran berdasarkan setup studio dan bukan di lokasi yang sebenar.

Penggambaran drama atau telefilem di Malaysia jarang menggunakan teknik ini dan ia menjadi salah satu keunikan Rumah Menanti Cahaya selain pendekatan visual ala sinetron Indonesia.

Diarahkan oleh Sharad Sharan, telefilem ini berkait naratif sebuah keluarga yang terperangkap antara kehilangan dan jawapan yang masih dicari.

Ia menampilkan barisan pelakon Malaysia dan Indonesia yang hebat termasuk Daiyan Trisha, Zarif Ghazzi, Mathias Muchus, Eldania Zahra, M Aditya Zoni, Djihan Ranti, Shanice Margaretha Lie dan Diego Afisyah.

Daiyan turut berkongsi keterujaan beliau untuk telefilem ini kerana dia berpeluang untuk bekerjasama dengan para pelakon dan anak seni hebat dari negara seberang.

Menurut Daiyan, penggambaran telefilem ini telah bermula sejak awal Julai di Jakarta dan berasa sangat gembira kerana dapat menimba pengalaman baharu sepanjang berada di sana.

Rumah Menanti Cahaya boleh dikatakan sama taraf dengan filem popular yang juga menggunakan teknik yang sama antaranya Life of Pi, Alice in Wonderland dan Game of Thrones.

Telefilem Rumah Menanti Cahaya boleh di-strim sekarang di Tonton di sini.