Sebut mengenai Raja Gelek Malaysia, pastinya peminat industri hiburan cukup kenal dengan individu ini. Popular dengan dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi, lagu nyanyian penyanyi ini masih lagi menjadi siulan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, pemenang Bintang Radio di Singapura 1968 ini menjadi buah mulut ramai selepas didakwa sudah meninggal dunia.

Baca Juga:

Hal ini sekaligus membuatkan beliau mendapat perhatian ramai di mana beliau serta ahli keluarga terpaksa menafikannya. Malah, penyani berusia 85 tahun ini mahukan mereka yang membuat fitnah tersebut segera membuat permohonan maaf.

Menghidap penyakit jantung, paru-paru berair, kebas kaki dan tangan, Datuk M. Daud Kilau menerusi perkongsian terbaru di TikTok @lindazakariaa masih lagi kuat semangat untuk menghiburkan para peminat.

@lindazakariaa

Exclusive suara lagenda Datuk M. Daud Kilau menyanyi lagu Cek Mek Molek. Masih sedap suara nya. #Love #Perak #Lagenda #mdaudkilau #buatbaikallahsayang😉

♬ original sound – 🌹LindaZakaria🌹 – 🌹LindaZakaria🌹

Meskipun keadaannya yang berkerusi roda serta suaranya tidak lagi seperti dahulu, Datuk M. Daud Kilau dilihat masih lagi mampu menyanyikan lagu hits beliau iaitu Cek Mek Molek.

Difahamkan beliau kini banyak berehat di rumahnya di Bagan Datuk, Perak. Rumahnya merangkap galeri buat penyanyi ini turut menyimpan pelbagai seragam baju labuci yang kerap kali digunakan beliau sewaktu bernyanyi di atas pentas.

Perkongsian yang dibuat pengguna media sosial ini sekaligus telah berjaya mengubat rindu para netizen kepada penyanyi veteran ini di mana rata-ratanya mendoakan agar Datuk M. Daud Kilau dapat kembali sihat serta dipermudah segala urusan harian.

Sumber: TikTok @lindazakariaa
Sumber: TikTok @lindazakariaa

Menerusi sebuah temu bual yang dilangsungkan sebelum ini, beliau memaklumkan dirinya yang lahir sebagai seorang penghibur masih lagi rindukan untuk menghiburkan para peminat di samping bersyukur dengan kesihatan yang dianugerahkan Allah kepadanya.

“Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi,” ulas Datu M. Daud Kilau.

Sumber