Pada ketika ini, pertarungan senjata antara Hamas dan Pasukan Pertahanan Israel  dilihatkian hebat. Sebagai tanda sokongan, sejumlah kumpulan penggodam daripada pelbagai negara turut melakukan serangan siber terhadap negara Israel.

Salah satu kumpulan penggodam berasal daripada Rusia, Killnet kini menggeluarkan satu kenyataan dalam memberi sokongan terhadap Hamas dan sedia menyasarkan serangan siber kepada sistem kerajaan Israel.

Baca Juga:

“Kerajaan Israel, anda bertanggungjawab atas pertumpahan darah ini. Pada tahun 2022, anda menyokong rejim pengganas di Ukraine. Anda mengkhianati Rusia. Hari ini, Killnet secara rasmi memaklumkan perkara ini! Semua sistem kerajaan Israel akan menjadi sasaran kepada serangan kami,” menerusi perkongsian yang dibuat oleh organisasi Killnet.

Melalui Telegram Killnet, mereka menyatakan kumpulan itu tidak menyasarkan rakyat Israel biasa tetapi lebih tertumpu kepada regim Israel yang menyerah diri kepada NATO.

Menariknya, kumpulan hacktivist daripada Sudan dilaporkan turut menunjuklan sokongan yang sama terhadap Hamas dan sedia melancarkan serangan kepada sistem kerajaan Israel.

https://twitter.com/shadabk21544573/status/1711038938780148213?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw

Difahamkan laman rasmi regim Israel sudah terganggu dek kerana serangan siber berskala besar daripada kumpulan hacktivist itu. Malah, beberapa laman web lain juga menerima nasib yang sama.

Lanjutan daripada itu, kumpulan penggodam Sudan ini mendakwa menyasarkan Iron Dome iaitu sistem pertahanan roket udara canggih bagi mengganggu operasi pertahanan dan juga aplikasi amaran di Israel.

Sementara itu, penyelidik kini mendedahkan sejak berlakunya konflik Palestin-Israel telah memperlihatkan peningkatan serangan siber menerusi pelbagai platform.

Sumber