Selepas hampir satu tahun diperkenalkan ke dunia, Lamborghini telah membawa model hibrid terbaharu mereka, Temerario ke Malaysia.

Lamborghini Temerario merupakan model kedua berkuasa HPEV (High Performance Electrified Vehicle), selepas model Revuelto, yang juga dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023 lalu.

Baca Juga:

Model Hibrid Lamborghini Temerario Kini Sedia Ditempah, Harga Bermula RM1.35 Juta
Sumber Gambar: Hizam Jaafar / The Vocket
Model Hibrid Lamborghini Temerario Kini Sedia Ditempah, Harga Bermula RM1.35 Juta
Sumber Gambar: Hizam Jaafar / The Vocket

Model pengganti kepada Huracán ini dikuasakan oleh tiga motor elektrik, serta enjin twin-turbo V8 menghasilkan output gabungan luar biasa sebanyak 920hp serta rev sehingga 10,000 rpm.

Hasil daripada sistem janaan kuasa inovatif ini, Temerario mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum sehingga 343 km/j.

Lamborghini perkenalkan rekaan baharu

Rekaan model baharu ini mencerminkan evolusi reka bentuk bagi generasi akan datang kereta sports enjin tengah Lamborghini.

Paling menonjol, rekaan lampu siang (DRL) heksagon yang menjadi identiti baharu jenama ini.

Model Hibrid Lamborghini Temerario Kini Sedia Ditempah, Harga Bermula RM1.35 Juta
Sumber Gambar: Hizam Jaafar / The Vocket

Ruang dalaman direka seiring dengan estetika luaran yang mengagumkan, menghasilkan harmoni antara elemen digital dan fizikal untuk pengalaman pemanduan yang benar-benar imersif.

Pada masa sama ruang dalaman kini sesuai untuk individu berketinggian 2 meter, siap bertopi keledar.

Konsep casis spaceframe baharu ini meningkatkan ruang kepala sebanyak 34 mm dan ruang kaki sebanyak 46 mm, disertakan dengan peningkatan sudut penglihatan sebanyak 4.8°.

Ruang kargo di bawah bonet hadapan menawarkan kapasiti 112 liter, cukup untuk memuatkan dua beg kabin bersaiz standard. Manakala barangan lain seperti peralatan sukan atau keperluan harian boleh disimpan di ruang belakang tempat duduk.

Model Hibrid Lamborghini Temerario Kini Sedia Ditempah, Harga Bermula RM1.35 Juta
Sumber Gambar: Lamborghini Kuala Lumpur
Model Hibrid Lamborghini Temerario Kini Sedia Ditempah, Harga Bermula RM1.35 Juta
Sumber Gambar: Lamborghini Kuala Lumpur

Unit yang digunakan semasa pelancaran berwarna Blu Marinus. Bagaimanapun melalui ‘Ad Personam’ — program personalisasi eksklusif — pelanggan diberikan 400 warna pilihan untuk kereta mereka, termasuk pilihan kemasan kulit, carbon fiber dan pelbagai lagi.

Lamborghini Temerario kini dibuka untuk tempahan di Malaysia melalui Lamborghini Kuala Lumpur. Harga permulaan sebanyak RM1.35 juta sebelum duti, cukai dan kos ‘Ad Personam’.