Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal meletakkan dirinya sebagai calon utama untuk memenangi Ballon d’Or 2026 apabila menegaskan bahawa beliau layak dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.
Pemain berusia 19 tahun itu yang membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia2026 percaya prestasi luar biasanya sepanjang tahun lalu menjadikannya pilihan paling layak untuk meraih anugerah individu paling berprestij dalam dunia bola sepak tersebut.

Keyakinan bintang Barcelona itu hadir selepas melalui musim yang cukup berjaya bersama kelab dan negara apabila beliau memainkan peranan penting dalam membantu Blaugrana merangkul kejuaraan La Liga serta Piala Super Sepanyol, selain merekodkan 24 gol dan 18 bantuan gol dalam semua pertandingan.
Gabungan kejayaan meraih trofi utama bersama prestasi mengagumkan di peringkat kelab itu menjadi asas kepada keyakinannya bahawa dia layak memenangi anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak tersebut.
Lamine Yamal Yakin Layak Menang Ballon d’Or 2026
“Siapa yang akan saya pilih? Pemain terbaik dunia,” ujar Lamine Yamal menurut sumber laporan Goal.
“Sejujurnya, jika bercakap mengenai pemain terbaik dunia, mungkin hanya ada dua pemain iaitu saya dan Mbappe. Dan saya rasa saya layak memenanginya tahun ini berdasarkan apa yang telah saya capai.”

Graduan akademi Barcelona itu turut menjelaskan bahawa sumbangan hebat dipamerkan sepatutnya dilihat dengan jelas oleh mana-mana peminat bola sepak.
“Ya, bagi saya ia sangat jelas dan semua orang yang menonton perlawanan tahu mengenainya.”