Seorang wanita warganegara Vietnam enggan bertanggungjawab selepas melakukan kesalahan langgar lari yang menyebabkan kematian seorang pelajar di Penang.
Menurut laporan WOB, seorang pelajar berusia 18 tahun maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh pemandu warga Vietnam di Pulau Pinang.
Baca Juga:
- Netizen Puji Proton S70 ‘Sedan Kebal’, Pemandu Cedera Ringan Walau Tiang Papan Tanda Tumbang Dilanggar
- Hilangkan Diri Selepas Langgar Lari, Pemandu BMW Didenda RM5,500
- ‘Go’ – Pemuda Gopoh Bawa GT-R, Nyaris Berlanggar Proton
Pemandu Langgar Lari Enggan Tanggungjawab
Seorang kakak kepada mangsa memberitahu bahawa pemandu Vietnam itu mengelak ketika diminta untuk bertanggungjawab dan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan keluarga.
“Adik awak adalah masalah awak. Hidup saya adalah hidup saya,” kata pemandu tersebut.
Tambahnya lagi, pemandu tersebut belum bertemu dengan keluarganya untuk meminta maaf selepas menjadi punca adiknya meninggal dunia.
Semasa kejadian, kakak mangsa berkata seorang pegawai PDRM meminta kad pengenalan wanita Vietnam itu, tetapi dia tidak mengendahkannya.
Beranggapan pemandu Vietnam itu tidak dapat memahami Bahasa Melayu, kakak mangsa masuk dan bercakap dengannya dalam bahasa Mandarin.
“Saya tidak boleh memberikan kad pengenalan saya kepada pegawai itu, atau saya akan mati,” jawab wanita Vietnam itu.
Menurut laporan, bapa kepada mangsa berkata bahawa pemandu Vietnam itu dibebaskan dengan ikat jamin, yang mana dia tidak berpuas hati dengan perkara itu.
“Kenapa orang yang membunuh hanya perlu ditahan selama 48 jam? Pemandu mabuk pun ditahan sehingga 5 hari!”
“Undang-undang apakah ini?” keluh ayah yang sedang berduka.
Dalam pada itu, PDRM berkata pemandu warga Vietnam itu dibebaskan dengan ikat jamin 24 jam selepas penahanannya, dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka bertindak mengikut undang-undang dan apabila siasatan selesai, mereka akan merujuk perkara itu kepada Pendakwa Raya.
Kejadian langgar lari itu pada Rabu lalu (19 Februari) ketika arwah berjalan pulang bersama rakan-rakannya. Pemandu itu juga didakwa berada di bawah pengaruh alkohol.