Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengesahkan pasukan kelab utama di New Zealand menjadi lawan kedua selepas gagal mendapatkan pasukan kebangsaan negara lain untuk aksi persahabatan antarabangsa.
Vicente dalam kenyataan memaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cuba mengatur perlawanan dengan lapan negara Oceania termasuk Fiji, Vanuatu dan Tahiti namun ditolak.
Baca Juga:
- New Zealand Umum Barisan Terkuat Lawan Harimau Malaya
- Pau Marti Panggil Dua Pemain B-19 Tahun Sertai Skuad Senior
- Harimau Malaya Bakal Ada Lagu Sendiri Ciptaan Warner Music Malaysia
“FAM cuba mendapatkan perlawanan dengan lapan pasukan Oceania, termasuk Kepulauan Solomon, Fiji, Tahiti, New Caledonia, Vanuatu dan Papua New Guinea.
“Walau bagaimanapun, pasukan-pasukan tersebut mempunyai komitmen untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 masing-masing pada 10, 11 dan 12 Oktober,” katanya.
Skuad Harimau Malaya akan bermain satu Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024 di dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA dari 7 hingga 15 Oktober.
Perlawanan ini memberikan satu peluang yang cukup berharga kerana New Zealand berada di kedudukan ke-95 dunia.
New Zealand turut mengumumkan barisan terkuat mereka antaranya ialah penyerang kelab EPL, Nottingham Forest iaitu Chris Wood dan pemain tengah Olympiacos, Marko Stamenic.
Malah, mereka turut diperkuatkan oleh 7 pemain yang beraksi dengan kelab Eropah termasuk dari Serie A.
📣 SQUAD ANNOUNCED 📣
The All Whites squad for our home match vs Malaysia at North Harbour Stadium this October, and our OFC @FIFAWorldCup Qualifier vs Tahiti in Vanuatu, has been announced.
🎟️Book tickets for All Whites vs Malaysia on 14 October from https://t.co/GAgPGHl80h pic.twitter.com/naRVfUvvmn
— New Zealand Football 🇳🇿 (@NZ_Football) September 30, 2024
Harimau Malaya telah pun terbang ke Auckland semalam untuk memulakan kem latihan pusat di sana. Mereka akan tiba pada Isnin, memberikan pasukan tempoh seminggu penuh untuk persediaan sebelum perlawanan menentang New Zealand.
“Tempoh latihan yang panjang ini juga adalah peluang untuk mengukuhkan lagi ikatan dan perpaduan dalam pasukan,” kata Pau Marti.
Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya berlepas dengan hanya 26 pemain kerana kapten, Dion Cools terpaksa menarik diri daripada trip ini kerana urusan keluarga.
“Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan berharap Cools dapat kembali pada jendela antarabangsa FIFA seterusnya, November depan,” tambahnya.