Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente memanggil 27 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad, 6 Oktober 2024 bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024.

Dalam senarai tersebut, Marti memanggil dua pemain yang beraksi bersama skuad B-19 Tahun negara iaitu penjaga gol, Haziq Aiman Mohd Esa (JDT II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor FC B-23).

Baca Juga:

Dua pemain ini beraksi ketika kelayakan Piala Asia B-20 Tahun baru-baru ini yang mana Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke saingan tahun hadapan.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, Pau Marti telah mengekalkan seramai 23 daripada 26 pemain dari skuad yang menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Filipina 2-1 di separuh akhir pada 4 September 2024 dan menewaskan Lubnan 1-0 pada final pada 8 September 2024, kedua-dua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin yang tidak bersama pasukan ketika Pestabola Merdeka 2024 kembali dipanggil kali ini bersama-sama tiga muka baharu iaitu penjaga gol Selangor FC, Azim Al Amin Kamaruddin.

Sementara 11 pemain berikut diletakkan dalam sebarai bersedia jika terdapat perubahan dalam senarai di atas.

Pau Marti
Pemain dalam senarai bersedia

Skuad Harimau Malaya akan berlepas terus ke Auckland pada 6 Oktober 2024 untuk menjalani kem latihan pusat di sana selama seminggu bagi menghadapi perlawanan menentang New Zealand pada 14 Oktober 2024 dan kembali ke tanah air, hari berikutnya.